awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan buat maksiat kat sini!' - Aksi Shukri Yahaya ditegur pak cik tua di KLIA

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2018
04:37 MYT
'Jangan buat maksiat kat sini!' - Aksi Shukri Yahaya ditegur pak cik tua di KLIA
Syukri Yahaya (kiri) ditegur oleh seorang lelaki warga emas ketika sedang berlakon. -Foto Instagram Elly Ariffin
SEORANG individu tampil memohon maaf kepada Shukri Yahaya bagi pihak bapanya yang menegur pelakon itu ketika menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Individu menggunakan akaun Twitter @Iedaa31 berkata, bapanya bertindak demikian berikutan tidak tahu ia adalah sebuah penggambaran drama.
"Video abah tepuk Shukri Yahaya di KLIA kepada Shukri Yahaya abah minta maaf sebab kacau. Abah tak tahu tengah berlakon," tulisnya pada Rabu.
Kicauan itu mendapat perhatian netizen dan pelakon berkenaan yang menganggap ia sebagai sesuatu yang mencuit hati.
Shukri turut membalas dengan meminta individu tersebut kirim salam kepada bapanya.
"Kirim salam abah awak, abah awak terbaik," ujarnya.
kirim salam abah awak. abah awak terbaik https://t.co/6tTc7Jm5b4
— Shukri Yahaya (@shukriyahaya) October 10, 2018
Video berdurasi 17 minit itu memperlihatkan adegan Shukri yang memakai seluar merah jambu berperwatakkan lelaki lembut memegang tangan pelakon Fadzil Zahari.
Video yang dimuat naik pengacara Hlive! Elly Ariffin yang turut berlakon dalam drama tersebut menjadi tular di media sosial sejak malam Selasa.
Shukri Yahaya dan Elly Ariffin. -Sinar Harian
Shukri Yahaya dan Elly Ariffin. -Sinar Harian
Semasa adegan itu dirakamkan, Shukri sedang bersalaman dengan Fadzil Zahari dengan gaya lemah-lebut dan kemudian muncul seorang individu dari arah belakang menegur perbuatan mereka tanpa mengetahui ia adalah sebuah penggambaran drama.
"Kami semua terkejut juga apabila tiba-tiba Shukri ditegur seorang pakcik ketika sedang dalam penggambaran dan ketika itu saya pula sedang merakam aksi tersebut.
"Pakcik itu datang dan tepuk bahu dia dengan nasihat "jangan buat maksiat dekat sini"," ujarnya.
Bagaimanapun insiden itu mencuit hati semua pihak.
Drama berjudul Split itu bakal disiarkan di Astro Citra pada 1 November ini.
View this post on Instagram
Bila ko tunjuk perlakuan sumbang di tempat awam
Topic Berkaitan
#Elly Ariffin
#Fadzil Zahari
#KLIA
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#lelaki lembut
#pak cik tegur
#Shukri Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan