HIBURAN
Jangan gaduh, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya - Awie
PENYANYI rock, Datuk Awie berharap Shila Amzah dan 'penyanyi legenda' dapat berbaik semula.
Ringkasan AI
- Datuk Awie berharap Shila Amzah dan ''penyanyi legenda' dapat berdamai dan tidak memanjangkan konflik yang berlaku antara mereka.
- Awie mengakui tertekan apabila namanya dikaitkan dalam isu tersebut, dan menegaskan beliau hanya ingin membantu serta membersihkan namanya.
- Insiden berlaku semasa sesi latihan konsert, di mana Shila mendakwa diserang secara verbal; siasatan polis mendapati ia berpunca daripada isu peribadi yang melibatkan keluarga penyanyi legenda itu.
"Sebab saya tahu penyanyi tersebut orangnya jenis bercakap lembut, dan Shila dan tentulah dia pula wanita.
“Kita pun tahu ada pasang surutnya kehidupan kan. Jadi, harap-harap mereka kekal baik.
“Kita rakan satu industri seni ini, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya.
"Jangan gaduh-gaduh, jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk di mana kita boleh lihat artis dan industri mudah dihina oleh netizen,” katanya kepada Gempak.
Awie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress di Astro, pada Selasa.
Pada masa sama, pelantun lagu "Tragedi Oktober" itu turut mengakui dia berasa sangat tertekan apabila namanya dikaitkan dalam kemelut antara mereka.
“Saya minta maaf kerana saya pun stres. Saya pun terpaksa kena nak bersihkan nama saya.
“Saya cuma berdoa semoga orang boleh ingat kebaikan saya, asyik ingat buat jahat sahaja. Saya pun ada buat kebaikan untuk pengetahuan semua,” jelasnya.
Awie juga berkongsi di mana dia sentiasa memberi sokongan kepada rakan industrinya itu.
“Dia ada minta maaf. Saya cakap kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh,” kongsinya.
Pada 10 Julai lalu, Shila berkongsi kejadian diserang seorang penyanyi legenda dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Datuk Awie, Datuk Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara tersebut.
Pun begitu, Shila kemudiannya mengesahkan bahawa individu yang mengherdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah Amy.
Polis juga sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan daripada Shila.
Hasil siasatan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penyanyi berkenaan yang didakwa mencampur urusan keluarganya. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami