awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jay Jay selamat jalani pembedahan pintasan jantung, dipindah ke pusat rehabilitasi

Faida Rahim
Faida Rahim
06/06/2024
04:39 MYT
Jay Jay selamat jalani pembedahan pintasan jantung, dipindah ke pusat rehabilitasi
Rozita (tiga, kanan) bersama ahli keluarga dan kenalan Jay Jay melawat penyanyi versatil itu di IJN. -Foto ihsan Rozita Rohaizad
KUALA LUMPUR: Penyanyi versatil era 1970-an, Jay Jay yang menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro AWANI.
“Saya dimaklumkan isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami acute stroke. Ini menyebabkan bahagian kanan badan termasuk tangan dan kaki tidak boleh bergerak dan angkat seperti biasa.
“Sudah lebih seminggu Jay Jay di IJN. Insya-Allah, Jay Jay akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi minggu ini.
“Ini bagi menjalani proses rawatan terapi fisio kerana bahagian kanan badan Jay Jay masih lemah selepas operasi pembedahan,” katanya ringkas.
Penyanyi berusia 66 tahun itu menjalani pembedahan pintasan jantung kerana masalah jantung tersumbat di IJN pada 23 Mei lalu.
Terdahulu, penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni, Cheb Ali Masrawi berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, yang dirawat di IJN kerana penyakit jantung, di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.
Antara lagu popular Jay Jay adalah Rindu Bayangan dan Joget Angan Tak Sudah.
Topic Berkaitan
#Jay Jay
#Penyanyi era 1970-an
#pembedahan pintasan jantung
#acute stroke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan