JENAZAH bintang Big Stage, Sandra Dianne telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini, pada petang Jumaat.
Van yang membawa jenazah selamat tiba jam 3.15 petang di rumah keluarganya disambut penduduk dan disembahyangkan sejurus ibunya, Nor Syakinah tiba dari Kuala Lumpur.
Memetik laporan Astro Gempak selesai sahaja disembahyangkan, jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan diiringi kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran terdekat.
Arwah telah selamat dikebumikan pada jam 5.45 petang.
BACA : Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia
BACA : Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
BACA : "Kami pernah menangis sama-sama" - Farisha kongsi pengalaman bersahabat dengan Sandra Dianne
BACA : Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra
Terdahulu Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, telah terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan raptai.
Sandra mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.
Pelantun lagu Hey! Kau dan Terkemuka itu disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.
Asyraf Roslan
Fri Sep 11 2020

Arwah telah selamat dikebumikan pada jam 5.45 petang.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 21 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 21 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35331857471611228380481/1886650_744771611228591810_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 21 Jan 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Kerja, belajar dari rumah: Aktiviti politik masih perlu bersemuka?
TATKALA ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, timbul persoalan berkenaan aktiviti politik - masih terikat cara tradisional, perlu bersemuka.

PKPD di Asrama Westlite, Johor Bahru tamat esok -Ismail Sabri
Meskipun ditamatkan, lokaliti ini masih lagi tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negeri Johor.

Hanya pelajar bergejala perlu jalani ujian saringan sebelum pulang ke asrama
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika ujian saringan diwajibkan kepada semua, ia melibatkan kos. Katanya, Kerajaan tidak mahu membebankan kos dan pandangan KKM menyatakan tidak perlu lakukan pada semua hanya tumpu pada yang bergejala jika terdapat jangkitan COVID-19.

SOP selama ini tidak pernah mewajibkan memakai sarung tangan - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan terdapat kekeliruan antara anggota yang menjalankan tugas dan ibu pejabat polis berhubung video tular pekerja kedai runcit disaman susulan tidak memakai sarung tangan. Ujar beliau, Polis Diraja Malaysia juga mendapati tiada arahan dikeluarkan supaya tindakan diambil jika pekerja tidak memakai sarung tangan.

Operasi kedai makan, restoran dibenarkan hingga jam 10 malam
Walaupun demikian, ia tertakluk kepada perkhidmatan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya ditamatkan esok
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdasarkan penelitian KKM, trend menunjukan penurunan dan kes terbaharu dilaporkan pada 15 Januari 2021 serta tiada lagi sampel menunggu keputusan. Bagaimanapun tegas beliau kawasan tersebut masih terikat dengan PKP seluruh Johor.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

Sidang media maya | Pendekatan politik tradisional perlu diubah
Kerja boleh dari rumah. Belajar juga boleh dari rumah. Tetapi mengapa sidang media dan program pemimpin politik perlu dibuat secara fizikal. Astro AWANI mendapatkan pandangan beberapa Ahli Parlimen yang secara umumnya bersetuju supaya pendekatan tradisional politik sebelum ini, perlu diubah tatkala COVID-19 masih menular dalam negara.

Kedai makan, restoran dibenarkan beroperasi hingga 10 malam
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah itu dibuat kerana kerajaan sentiasa mendengar keluhan dan masalah rakyat. Bagaimanapun kata beliau, dine-in atau makan di kedai masih tidak dibenarkan, sebaliknya ia kekal dengan kaedah pembungkusan dan bawa pulang.

Jenazah Sandra Dianne selamat dikebumikan
Jenazah Sandra Dianne telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini, pada petang Jumaat.