awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jihan dan Ungku Hariz timang bayi lelaki

Hans Yusoff
Hans Yusoff
25/01/2018
21:26 MYT
Jihan dan Ungku Hariz timang bayi lelaki
Jihan selamat melahirkan bayi lelaki dan akan berehat selama dua bulan daripada sebarang aktiviti seni bagi menjalani tempoh berpantang - Gambair fail
Pengacara dan pelawak Jihan Muse kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki malam tadi.
Pengacara Gegar Vaganza itu melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu dilahirkan di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam.
Khabar gembira itu disampaikan melalui laman sosial Instagram program Meletop.
BREAKING NEWS! #HiMommyJihan #MeleTOP #BabyKuJi KENYATAAN MEDIA Bismillahirahmannirahim. 25 Januari - Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili @jihanmuse dan @ungkuhariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung mereka seberat 3.85kg pada jam 10.15pm sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga. Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih.
A post shared by MeleTOP (@meletop) on
Jan 25, 2018 at 7:15am PST
Jihan dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa akan bercuti selama dua bulan bagi melalui tempoh berpantang.
Sementara itu, pihak pengurusan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama para peminat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Jihan.
Suami Jihan, Ungku Hariz juga berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Topic Berkaitan
#bayi lelaki
#Jihan Muse
#Malaysia
#Meletop
#Ungku Hariz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan