PENYANYI pop popular Justin Bieber membuat pengumuman bakal merehatkan kerjaya seninya secara seketika untuk memberi perhatian kepada isu peribadi.
Bieber, 25, memuat naik kenyataan tersebut di akaun Instagam miliknya pada Isnin bagi menjawab persoalan peminatnya yang tertanya-tanya bila beliau bakal muncul dengan album baharu.
Peyanyi pop kelahiran Kanada itu memulakan kerjaya profesionalnya sebagai penyanyi lebih sedekad lalu dan menyedari bahawa dia tidak lagi dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam kerjayanya.
Ketika membuat persembahan di konsert jelajahnya yang terakhir, beliau mula menyedari bahawa dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan serta persembahan yang bertenaga buat para peminatnya.
"Saya membaca banyak mesej daripada peminat yang mengatakan kamu semua mahukan album baru.
"Saya mula menjelajah ketika remaja lagi seawal usia 20-an, saya sedar dan kamu juga nampak saya tidak kelihatan seronok ketika konsert jelajah kali terakhir itu dan saya tidak patut melakukan sedemikian dan kamu juga tidak patut mendapatkan layanan seperti itu kerana peminat membayar tiket konsert untuk melihat saya beraksi dengan penuh tenaga dan yang terbaik tetapi malangnya saya tidak dapat melakukannya sehingga ke akhir persembahan," tulis Bierber.
Menerusi kenyataannya di entri Instagram miliknya, beliau kini sedang berusaha mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapinya dan ingin memberi fokus menjadi seorang suami dan bapa.
“Saya kini mengenal pasti kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan dan masalah dalaman yang saya hadapi supaya saya boleh mempertahankan perkahwinan saya dan menjadi seorang bapa yang saya inginkan,” kata penyanyi pop yang popular dengan lagu Love Yourself itu.
Walau bagaimanapun beliau akan kembali dengan album baharu secepat mungkin kerana bidang muzik adalah minatnya, bagaimanapun dia perlu memberikan tumpuan kepada kesihatan dirinya dan keluarga terlebih dahulu.
Entri yang di muat naik di laman Instagram milik Bieber, mempunyai lebih 106 juta pengikut telah mendapat likes lebih dua juta serta komen lebih 58,000 daripada peminatnya pada Selasa yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan sedih dengan berita itu.
Nama Bieber mula dikenali pada tahun 2009 seawal usianya 12 tahun bermula di laman YouTube sebelum menjadi penyanyi di bawah label ‘So So Def’ sejak berusia 13 tahun.
Bieber berkahwin dengan supermodel Hailey Baldwin,21, pada September lepas.
Menurut laporan TMZ, Bieber membatalkan semua kosert jelajahnya termasuklah konsert yang bakal berlangsung hujung minggu ini di Arlington, Texas serta 13 konsert lagi di seluruh Amerika Utara, Hong Kong, Filipina dan Singapura.
Agensi
Tue Mar 26 2019
Bieber membuat pengumuman bakal merehatkan kerjaya seninya seketika demi memberi perhatian kepada isu peribadi.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
Menteri Pertahanan Israel batal lawatan ke AS di saat akhir
Media Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden AS, Joe Biden.
IOC nafi khabar angin pembatalan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. .
200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan
Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan
Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan.
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Empat pemain Argentina didakwa telah melanggar protokol COVID-19.