awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakak Sudirman, ibu Atai meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2024
06:30 MYT
Kakak Sudirman, ibu Atai meninggal dunia
Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham Rudiah, Razman Azrai Zainudin atau Atai. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Razman Azrai Zainudin atau mesra dengan panggilan Atai pada Jumaat.
Dalam kenyataannya, Atai turut meluahkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handai yang melawat dan bertanya khabar ibunya sebelum ini.
"Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat mak, berdoa atau yang senantiasa mengingati mak dan yang menjadi sebahagian hidup mak Atai.
"Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.
Allahyarham adalah anak kedua dari sembilan beradik, termasuk adik beradik tiri.
Rodziah antara insan paling rapat dengan Sudirman, menjaga Allahyarham semasa kecil malah turut mengambil tugas menjaga Allahyarham selepas jatuh sakit.
Julai lalu, Atai mengesahkan ibunya menghidap penyakit serius namun tidak berkongsi maklumat penyakit tersebut atas sebab privasi.
Topic Berkaitan
#Sudirman
#rodziah arshad
#kakak
#Atai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan