HIBURAN
Kaki dipijak: "John Terry ingat saya ni 'pro player' ke?" - Tomok

Tomok berkongsikan momen ketika kakinya dipijak legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), John Terry, baru-baru ini. - Stadium Astro
PENYANYI negara, Shah Indrawan Ismail atau turut dikenali sebagai Tomok, berkongsikan momen ketika kakinya dipijak legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), John Terry, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Penyanyi Tomok berkongsi pengalaman lucu kakinya dipijak oleh legenda EPL, John Terry, semasa perlawanan Zurich Liga 7X7 All Stars di Stadium Cheras.
- Pasukan Bangsa Bola yang dipimpin Terry bersama bekas pemain Liga Super Malaysia muncul juara keseluruhan kejohanan itu.
- John Terry memuji suasana kejohanan dan berharap dapat bertanding lagi tahun depan, manakala Tomok tampil berseloroh mengenai pengalamannya sebagai pemain bukan profesional.
Dalam satu perkongsikan di laman Instagram, menyaksikan Tomok berkongsi: "Seni berat daripada John Terry, dia ingat saya ni pro player ke? Saya ini penyanyi je tau." katanya.
Begitupun, bekas pemain Chelsea itu berasa teruja dengan pengajuran kejohanan itu selain berharap pasukannya dapat mempertahankan gelara juara dalam edisi yang akan datang nanti.
"Harap-harap ia akan ada lagi tahun depan dan kami boleh kembali ke sini untuk mempertahankan trofi kami.
"Amat baik untuk kembali ke sini kerana suasananya amat hebat. Chelsea kini juara dunia dan kami muncul juara di Malaysia." katanya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami