awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura

Gempak
Gempak
29/06/2023
08:21 MYT
Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai show terbanyak pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura. -Gempak
SEWAKTU ramai peminat Coldplay dan Taylor Swift ‘kalut’ dengar khabar kedua-dua penghibur dunia ini mengatakan konsert berhari-hari di Singapura, nampaknya penggemar penyanyi dari Hong Kong, Jacky Cheung boleh menarik nafas lega.
Hal ini lantaran penyanyi tersebut diumumkan akan menghiburkan peminatnya di kota Singa itu bukan sehari atau enam hari, sebaliknya selama 11 hari menerusi konsert Jacky Cheung 60+ Concert Tour.
Pengumuman tersebut disampaikan oleh penganjur Unusual Entertainment.
Cheung sebelum ini dijadualkan membuat persembahan selama sembilan hari tetapi ditambah menjadi 11 hari apabila mengumumkan penambahan dua hari konsert iaitu pada 3 dan 4 Ogos depan.
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Terdahulu Cheung mengumumkan akan mengadakan persembahan selama enam haru sebelum menambah tiga hari lagi kerana permintaan yang menggalakkan.
Sementara itu, Cheung juga akan mengadakan konsertnya di Malaysia selama enam hari bermula 11, 12, 13 Ogos dan 18, 19, 20 Ogos depan.
Harga tiketnya bermula dari RM388 dari RM1,188.
Cheung, 61, merupakan pelakon dan penyanyi popular dan hebat yang telah memenangi pelbagai anugerah serta pengiktirafan kerana bakatnya. -Gempak
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#Jacky Cheung
#Coldplay
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan