awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/12/2017
11:06 MYT
'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh
Golongan peminat KPOP terkilan apabila yang meninggalkan komen-komen sedemikian rata-ratanya adalah mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. -Instagram jonghyun.948
SEMALAM peminat muzik Korea dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, Jonghyun.
Tatkala ramai yang masih bersedih dengan pemergian Jonghyun yang dianggap antara ikon muzik K-Pop, terdapat juga satu golongan yang mempertikaikan mengapa kematiannya perlu diperbesarkan di media.
Ayat-ayat sinis seperti "Siapa dia ni?" dan "Apa sumbangan dia pada negara?" antara yang kerap dijumpai ditinggalkan di laman sosial.
Malah ada juga yang menjadikan punca kematian Jonghyun yang dipercayai membunuh diri sebagai hujah untuk mempersoalkan berita kematiannya.
Situasi ini nyata tidak disenangi penggemar muzik Korea yang berpendapat, siapa dan bagaimanapun seseorang itu meninggal dunia, ia tidak patut menjadi penyebab untuk tidak mempunyai rasa simpati atau menghormati si mati.
Golongan peminat ini juga terkilan apabila yang meninggalkan komen-komen sedemikian rata-ratanya adalah mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Post dekat ig story pasal Jonghyun dan ada yang reply "apesal nangis tengok kafir mati?" Ya ampun, perangai apa nieh?
— Mieraa Handayani (@MieraaGed) December 19, 2017
Chester tu pon mati bunuh diri jugak. Kafir jugak. Apa beza dgn jonghyun. Boleh ja kan for this once put aside all the races differences and grief only once ?
— jwa. (@saidatunnajwa_) December 19, 2017
"yeay sorang dah mati" yela, kau je yang belum mati. patutnye orang2 macam kau yang mati, bukan Jonghyun /p>— 종(@jyKeding) December 19, 2017
aku malu bila most malay ckp " bagus la dia mati " " yeay dh mati " abt jonghyun malu bodoh mana adab korg??! even kat hadis pun ada ckp KITA ORG ISLAM KENE PROTECT NON MUSLIM SO THEY CAN ATTRACTED TO OUR RELIGION WHERE IS YOUR GUYS COMMON SENSE ISTG CHANGE!!!!!
— fawa (@nieonnies) December 19, 2017
to some of those yg tak tau ape2 psl kpop, jgn main ikut je kpop haters. yg x tau ape2 tiba2 bgi hate comments bagai. org yg dh mati kot, hormat la. dia pon ade family and org yg sygkan dia. #Jonghyun
— Liana (@its_zuliana) December 19, 2017
mmg ramai yg tak suka tngok post pasal jonghyun tu..satu je nak bagitahu..kalau kau still seorang manusia hormat la dia as seorang manusia jugak..dia pon makhluk Allah..mmg ramai anti kpop kecam kpopers..kau tak tahu ke kita semua akan mati jugak...
— (@FatienCasper) December 19, 2017
someone said "yeay dah mati sorang" regarding to jonghyun's death. and ppl legit support him. i dont get it lol
— (@rapjoonjoon) December 19, 2017
Apa yang penting dan perlu difikirkan, kata mereka, kematian Jonghyun meninggalkan mesej bahawa isu kesihatan mental bukan perkara remeh.
Jonghyun, 27, ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Jonghyun
#kesihatan
#Korea Selatan
#laman sosial
#Shinee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan