Pengacara Diari #AF2015, Nana Mahazan akui tidak kisah dengan pemikiran negatif segelintir pihak yang tidak menyukai caranya mengendalikan rancangan tersebut.

Menerusi akaun Instagramnya, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 32, membuat luahan hati mengenai perkara itu dengan kapsyen yang berbunyi:

“It's ok if u dont like me. It's cool. Serious. Tak leh terima cara saya, tak apa. Tak suka gaya saya, tak apa. Tak leh tgk lipstick saya memacam kaler, tak apa.

“Eh, tak apa lah. Saya adalah saya. Not trying to be someone else. So please stop expecting me to be what u want me to be.

“Tak boleh, no, saya tak reti jadi orang lain. Ampun saya tak boleh jadi sempurna di mata semua. Saya tak mampu.

“Saya tak rela, jadi orang lain selain dari diri saya. Tamat. Ok tgk diari dah nak start ni.. *gamboharitu