awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kami pernah menangis sama-sama" - Farisha kongsi pengalaman bersahabat dengan Sandra Dianne

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/09/2020
04:00 MYT
"Kami pernah menangis sama-sama"  - Farisha kongsi pengalaman bersahabat dengan Sandra Dianne
Farisha Iris (kanan) berkongsi pengalaman bersahabat dengan Allahyarham Sandra Dianne yang juga sahabatnya dalam program Big Stage.
Peminat program hiburan Big Stage dikejutkan dengan pemergian salah seorang pesertanya, Sandra Dianne.
Kehilangan penyanyi yang popular dengan lagu Hey! Kau itu memberikan impak kepada semua peserta Big Stage termasuk, Farisha Iris.
Menurut Farisha, sepanjang perkenalan dengan Sandra, Allahyarham merupakan seorang yang tidak banyak bercakap.
" Sandra seorang yang pendiam, tidak banyak bergurau dan akan bercakap bila perlu sahaja.
"Tapi beberapa hari sebelum kejadian, kami dah mula create memory, kami bergurau dan dah lepak sama-sama," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Farisha juga berkongsi momen manisnya bersama dengan Sandra sepanjang perkenalan mereka dalam program tersebut.
Menurutnya, mereka pernah menangis bersama-sama semasa kelas vokal yang dikendalikan oleh Cikgu Shafi.
"Sandra seorang yang susah untuk ketawa dan menangis. Kami selalu anggap dia seorang yang kuat tapi ada sekali dalam kelas Cikgu Shafi dia menangis selepas cikgu bagi motivasi.
"Kami menangis sama-sama selepas kelas, bagi saya itu adalah momen yang akan saya ingat sampai bila-bila," tambahanya
View this post on Instagram
Allahu Akbar.. Aku sayang kau sangat sangat walaupun baru beberapa minggu berkawan.. Berat berat sangat hati aku.. Al Fatihah #bigstage2020
A post shared by
BACA : Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini
BACA : Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
Dalam masa sama, Farisha juga memaklumkan bahawa Sandra pernah memberitahu, antara sebab Allahyarham menyertai Big Stage ialah untuk mencipta memori bersama dengan rakan-rakan dalam program berkenaan.
Pada 5 September lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Insiden tersebut berlaku ketika penyanyi kelahiran Sabah itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Ekoran kemalangan itu, Sandra tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Allahyarham Sandra menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Jumaat dan jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya iaitu di Kg. Kauluan, Tuaran, Sabah.
BACA: Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia
View this post on Instagram
She is the one, yang selalu practice bila ada free time. Didn't expect, this would be your last singing yang aku dengar. Terima kasih jadi kawan yang baik untuk kami ❤️ Semoga kau tenang, rehat ya sayang.. #bigstage2020
A post shared by
Pemergian Sandra pada usia 26 tahun sangat mengejutkan rakan-rakan Big Stage lain yang turut menzahirkan penghormatan terkahir mereka buat sahabat mereka.
View this post on Instagram
Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage. Mohon sedekahkan Alfatihah untuknya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang soleh.
A post shared by Celebrity Vocal Coach (@cikgushafi) on
Sep 10, 2020 at 5:16pm PDT
View this post on Instagram
Selamat jalan, sahabat
View this post on Instagram
We gonna miss you @sandradianneofficial !! Minta jasa baik semua untuk doakan dan sedekahkan Al-fatihah.. . . . #blackkeys #bigstage2020 #azzamsham #azzamshamtroopers #azzambigfamily
A post shared by Azzam Sham (@azzam_sham) on
Sep 10, 2020 at 4:47pm PDT
View this post on Instagram
Asalammualiakum semua...tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperjuangan saya. Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah
View this post on Instagram
Moga Tenang di sana kakaku
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#BBNU
#Big Stage
#Farisha Iris
#kemalangan
#meninggal dunia
#Sandra Dianne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan