PELAKON Anna Jobling menafikan dakwaan kononnya dia bergaduh dengan aktor, Meerqeen.

Menurut Anna, tidak wujud sebarang pertelingkahan atau konflik antara mereka berdua.

“Kami rapat je, sebab saya rasa apa yang ditunjukkan di media sosial hanyalah 5 peratus daripada kehidupan saya.

“Jangan percaya pada semua yang anda baca di internet. Kami sebenarnya okey sahaja,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Meerqeen ketika ditemui Gempak enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Anna Jobling dinobatkan sebagai BBNU Wanita Popular dan juga Aktres TV Popular.

Pasangan ini juga turut menerima Anugerah Couple TV Popular.

Terdahulu, terdapat desas-desus mengatakan bahawa hubungan Anna dan Meerqeen berantakan. -Gempak