awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kareena Kapoor trauma nama anak dipersenda

Gempak
Gempak
16/09/2023
05:13 MYT
Kareena Kapoor trauma nama anak dipersenda
Sebaik mengumumkan nama anak mereka, pasangan tersebut terkejut kerana ada yang memberi komen negatif dan mempersendakan nama Taimur. - Gempak
AKTRES Bollywood, Kareena Kapoor mendedahkan dia dan suami, Saif Ali Khan sempat terkejut serta trauma selepas nama anak sulung mereka dipersendakan segelintir peminat.
Kareena dan Saif menimang cahaya mata pertama seorang lelaki yang diberi nama Taimur pada tahun 2016.
Sebaik mengumumkan nama anak mereka, pasangan tersebut terkejut kerana ada yang memberi komen negatif dan mempersendakan nama Taimur.
“Saya tidak fikir ada ibu atau anak yang akan menerima hal itu (persenda) dengan baik. Sehingga kini saya tidak faham mengapa ia berlaku kerana tiada sesiapa berhak memalukan kita.
“Saya tahu kita berpegang kepada kebebasan bercakap, kebebasan melakukan apapun tapi bukan dengan mengejek orang.
“Nama Taimur dipermainkan. Saya terkejut dan trauma. Tapi kami dapat menanganinya dengan baik,” ujar Kareena seperti dilaporkan Indian Express.
Dalam temubual sama, aktres yang akan muncul dengan filem terbaru, Jaane Jaan mendedahkan bagaimana nama Taimur dipilih.
“Taimur adalah nama kawan baik dan pertama yang Saif temui sewaktu dia mula berpindah ke bandar.
“Jadi Saif cakap pada saya ‘jika kita dapat anak lelaki saya mahu menamakan dia Taimur sempena nama kawan pertama saya.’ Dan ya, namanya Taimur Ali Khan,” dedah Kareena.
Selain Taimur, Kareena dan Saif yang berkahwin pada 2012 juga memiliki seorang lagi anak iaitu Jehangir Ali Khan atau dipanggil Jeh.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#aktres Bollywwod
#Kareena Kapoor
#nama anak dipersenda
#Saif Ali Khan
#Taimur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan