KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pemain muzik sape terkemuka, Alena Murang sekali lagi melakar sejarah apabila memenangi Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Festival Muzik Video Buenos Aires (BAMV Fest) pada Jumaat.
Anugerah itu dimenangi menerusi karya muzik rakyat kontemporari berjudul 'Warrior Spirit'.
Ini sekali gus menempatkan Alena antara beberapa senarai nama terkemuka dalam industri muzik antarabangsa seperti Lil Nas X, Celeste, Don Omar, AleXa, Doja Cat, dan Megan Thee Stallion yang turut menerima anugerah di BAMV Fest.
"Saya sangat berbangga dengan setiap ahli kumpulan, lebih-lebih lagi mengambil kira cabaran yang ditempuhi ketika pandemik, tetapi mereka tetap bersama menghasilkan muzik video ini.
"Ini termasuk kru produksi, penari, juru gaya, ahli kumpulan. Perkara indah berlaku apabila kita bersama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Karya berdurasi empat minit 20 saat itu diarahkan oleh Sarah Lois Dorai bersama pasukan produksi tempatan, Kanid Studio dan Project Room.
Ujarnya, Project Room sentiasa menyediakan ruang termasuk idea kecil untuk berkembang dan perkara itu dibuktikan menerusi karya 'Warrior Spirit'.
"Sumbangan dari setiap ahli pasukan dari segi suara, kemahiran dan bakat kreatif dalam penghasilan muzik video ini mengubah pelan asalnya sebagai video tarian sehingga menjadi platform untuk menonjolkan identiti serta budaya.
Ini termasuk memperkenalkan budaya kita ke persada antarabangsa menerusi naratif penceritaan," kongsi Sarah dalam kenyataan sama.
Selain Alena, Warrior Spirit turut menampilkan ahli kumpulan iaitu Joshua Maran, Jonathan Wong Ketshin, Herman Ramanado dan Jimmy Chong.
'Warrior Spirit' adalah merupakan karya penceritaan berasaskan visual tanpa lirik.
Karya kontemporari ini dicipta untuk menunjukkan semangat kepahlawan yang dimiliki sejak zaman-berzaman seiring dengan latar belakang Alena sebagai gadis kelahiran Kelabit.
Terdahulu, Warrior Spirit juga sebelum ini menerima 14 anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya, muzik video terbaik di Anugerah Filem Antarabangsa New York, Anugerah Khas Juri di Anugerah Filem Los Angeles dan muzik video terbaik Asia dan Pasifik di Anugerah Muzik Video Antarabangsa United Kingdom (UK).
Nickyson Nyambar
Fri Dec 17 2021
Penyanyi dan pemain muzik sape terkemuka, Alena Murang membanggakan negara apabila menempatkan budaya dan warisan tempatan di persada antarabangsa menerusi penghasilan muzik video 'Warrior Spirit'. - Foto Alena Murang
ASNB lancar platform Ria, raih 6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Karya Alena Murang, 'Warrior Spirit' menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires
Selain Alena, turut menerima anugerah di BAMV Fest adalah selebriti terkemuka dunia seperti Lil Nas X, Doja Cat an Megan Thee Stallion.
RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live
Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.
Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian
Penganjuran Rainforest World Music Festiva (RWMF) tahun ini akan dianjurkan secara penstriman percuma bermula 18 Jun sehingga 20 Jun 2021.
Pandemik tidak halang Alena cipta 'masterpiece' buat peminat
Dengan rentak unik, lagu-lagu yang dihasilkan Alena Murang menerusi album Sky Songs diharap dapat tembus ke corong radio dan media komersial
'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.
Alena Murang... Ini duta penghubung budaya Malaysia dengan masyarakat luar
Penceritaan dalam sesebuah karya penting untuk memberi gambaran kepada masyarakat dunia khasnya dalam memperkenalkan keunikan Malaysia.
Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina
Alena mengungguli anugerah itu melalui Festival Video Muzik Bueno Aires 2020, selain tercalon untuk kategori Video Antarabangsa Terbaik.
Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Pencalonan Alena Murang bagi dua kategori mampu membuka mata pencinta muzik global mengenai keindahan muzik Sarawak dan keindahan alam semulajadinya.
Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Penyanyi dan bintang Sape kelahiran Sarawak, Alena Murang dicalonkan bagi anugerah Video Antarabangsa Terbaik dan Penggayaan Terbaik menerusi lagunya, Midang-Midang.
Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital
Dana yang berjaya diraih melalui konsert tersebut akan disalurkan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Belukun, Long Sela'an di Baram, Miri.