awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan Avatar: The Way of Water, James Cameron pengarah pertama dengan tiga filem cecah AS$2 bilion

Agensi
Agensi
23/01/2023
04:30 MYT
Kejayaan Avatar: The Way of Water, James Cameron pengarah pertama dengan tiga filem cecah AS$2 bilion
Filem pertama Cameron yang mencapai kutipan itu ialah Titanic pada 1997, diikuti Avatar pada 2009. - Reuters
FILEM arahan James Camron, Avatar: The Way of Water secara rasmi mengutip AS$2 bilion, sekali gus menjadi filem keenam yang pernah mencapai kutipan itu.
Ini juga menjadikan Cameron satu-satunya pengarah filem dengan tiga buah filem yang mendapat kutipan AS$2 bilion atau lebih.
Filem pertama Cameron yang mencapai kutipan itu ialah Titanic pada 1997, yang sehingga kini masih dalam senarai tiga teratas filem dengan kutipan tertinggi, iaitu AS$2.1 bilion.
Selepas itu, Cameron mengarahkan filem Avatar pada 2009, yang setakat ini masih mengekalkan rekod filem dengan kutipan tertinggi iaitu AS$2.9 bilion.
Filem lain yang meraih kutipan melebihi AS$2 bilion ialah Avengers: Endgame (AS$2.7 bilion), Star Wars: The Force Awakens (AS$2.07 bilion), dan Avengers: Infinity War (AS$2.05 bilion).
Kutipan cemerlang itu merupakan satu lagi pencapaian untuk The Way of Water, yang mengambil masa lebih sedekad untuk disiapkan. Penantian yang sangat lama itu membuatkan beberapa pemerhati filem skeptikal dan berpendapat walaupun ia berjaya disiapkan, ia mungkin tidak akan berjaya di box office.
Namun rekod yang dicatatkan The Way of Water setakat ini membuktikan keraguan itu sama sekali tidak berasas.
Topic Berkaitan
#James Cameron
#avatar the way of water
#filem
#kutipan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan