awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejujuran dan realiti hidup tawan hati penonton - Tiara

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2014
09:01 MYT
Kejujuran dan realiti hidup tawan hati penonton - Tiara
Tiara puji filem The Journey, anggap bukan filem Cina.
Datin Seri Tiara Jacquelina tidak menganggap "The Journey" sebuah filem Cina, sebaliknya sebuah karya tempatan yang patut dibanggakan.
Baginya, kejujuran serta paparan realiti hidup telah berjaya menyentuh hati setiap penonton.
Tiara akui filem ini banyak mencuit hatinya kerana dirinya dekat dengan budaya masyarakat Cina.
"Sewaktu saya menonton tadi saya tidak pernah merasakan filem ini sebuah filem Cina. Pada saya ia sebuah filem Malaysia kerana yang menghasilkannya pun adalah pengarah filem Malaysia. Ia seperti saya menonton sebuah filem tempatan. Sebagai rakyat Malaysia saya merasa sangat bangga kerana dapat menonton sebuah filem yang sangat bagus."
"Lebih-lebih lagi apabila saya dapat merasai budaya hidup kaum Cina di Pulau Pinang dengan penggunaan dialek Hokkien dan Kantonis kerana saya ada kaum keluarga yang berada di sana. Ia menjadi lebih lucu buat saya kerana saya memahami dialek yang mereka tuturkan tanpa perlu membaca sarikata."
Dibintangi Ben Andrew Pfeiffer, Frankie Lee dan Joanne Yew, Tiara kagum dengan lakonan mereka walaupun bukan aktor berpengalaman.
"Buat pelakon pertama kali saya tidak meletakkan harapan yang sangat tinggi dan itulah yang menjadikan lakonan mereka nampak menjadi. Ia seperti kamera tidak wujud di hadapan mereka dan kita dapat menonton kehidupan sebenar mereka. Paling cemerlang tentu sekali ialah Frankie yang mana lakonannya sangat jujur. Saya rasa Frankie ialah penggerak keseluruhan filem tersebut. Tanpa Frankie, belum tentu filem ini akan menjadi sebagus ini."
Memulakan tayangan sejak 30 Januari lalu, "The Journey" masih ditayangkan di rangkaian pawagam serata Malaysia.
Diterbitkan Astro Shaw dan Woohoo Pictures, "The Journey" diarahkan Chiu Keng Guan.
Topic Berkaitan
#filem
#The Journey
#Tiara Jacquelina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan