BEKAS anggota kumpulan Kool, Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali Zack menolak untuk sertai Gegar Vaganza 2019 (GV2019) kerana menyertai tabligh.

Malah, Zack akui telah keluar daripada kumpulan Kool yang asalnya terdiri daripada empat ahli sejak tahun lalu.

"Sebelum rancangan itu (GV) berlangsung, saya ada menerima jemputan namun terpaksa menolaknya.

"Buat rakan tercinta iaitu Riot dan Hairee, teruskanlah kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali meninggalkan solat.

"Ini dunia baharu dan setakat ini, saya sudah keluar di tujuh lokasi untuk berkongsi ilmu agama termasuk Langkawi, Kuantan, Ipoh dan Johor Bahru," katanya memetik laporan Harian Metro.

Selain keluar daripada kumpulan Kool, Zack turut meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) pada Januari lalu.

Namun, Zack masih aktif dalam dunia lakonan dan buktinya ada terbabit dalam drama bersiri Setiaku Di Sini di bawah A. Aida Production.

Sementara itu, tambah Zack lagi, salah seorang anggota kumpulan Kool yang lain iaitu Jay juga gagal menyertai GV2019 kerana menjaga bapa mentuanya yang sedang sakit.

BACA: GV2019: "Kita tak sempurna ..." - Wann komen isu terlebih 'ahak, ahak'!

BACA: GV2019: 'Saya akui ada buat silap' - Mazleela

Dalam GV2019, kumpulan Kool hanya diwakili dua anggota asal Hairee dan Riot untuk berentap bersama 12 bintang lain antaranya kumpulan One Nation Emcees, Sham Visa, Jatt Ali, Roy, Wann, Noorshila Amin dan Mazleela.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.


GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh tiga penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Sumber: Harian Metro