Kumpulan penyanyi sensasi dunia masa kini, One Direction akhirnya akan singgah sekali lagi ke rantau ini dalam siri konsert jelajah mereka ke Asia tahun depan.
Kumpulan penyanyi remaja lima mengumumkan siri konsertnya yang diberi nama "On The Road Again" pada Isnin. Mereka akan membuat persembahan di Singapura, Jakarta, Manila dan Bangkok tetapi tidak di Kuala Lumpur.
Kepada anda yang dalam kelompok "Kilauan Emas", One Direction adalah The Beatles bagi anak-anak remaja zaman ini.
Anak muda -- Liam Payne, Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Niall Horan -- mempunyai jutaan pengikut di serata dunia. Peminat mereka meletakkan 61 lagu dendangan kumpulan di tempat pertama carta lagu popular dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
One Direction adalah kumpulan yang dibentuk oleh juragan muzik pop, Simon Cowell selepas kumpulan itu mendapat tempat ketiga dalam program realiti televisyen di Britain, The X Factor, pada 2010.
Ini adalah kali kedua One Direction datang ke Asia dan Australia dalam masa dua tahun.
Pada 2013, kumpulan itu membuat 25 persembahan di beberapa bandar raya utama di Australia dan New Zealand termasuk tujuh malam di Melbourne pada tiga tarikh berbeza pada minggu pertama, kedua dan terakhir Oktober. Ini kerana tiketnya laku cepat dan terjual habis tetapi masih ada permintaan yang tinggi menyebabkan penganjur menambah tarikh konsert.
Dalam siri jelajah Take Me Home itu, One Direction singgah hanya di Tokyo untuk dua persembahan. Itu satu-satu konsert kumpulan itu di Asia. Makanya, konsertnya kali ini sangat bermakna dan dinanti-nantikan oleh peminat mereka.
Tetapi ceritanya sekarang bukan tentang One Direction dan konsert mereka. Ceritanya ialah: kenapa kumpulan muzik atau penyanyi nama besar antarabangsa tidak datang ke Kuala Lumpur?
Kenapa Eric Clapton, Sting dan Santana (sekadar menyebut beberapa nama) ke Singapura dan kota-kota lain di Asia Tenggara ini tetapi tidak singgah di Kuala Lumpur? Apakah sebabnya?
Apakah peluang ekonomi yang mungkin ada daripada penganjuran acara seperti ini? Apakah negara terlepas (dan melepaskan) peluang itu?
Kami mahu mendengar pandangan anda. Apakah anda sedia berbelanja ke luar negara untuk menyaksikan konsert artis kesukaan anda? Kenapa?
Tetapi kami mahu juga mendengar cadangan anda bagaimanakah isu ini boleh diatasi. Apakah yang harus dilakukan oleh pihak berkuasa?
Kirimkan pandangan dan cadangan anda tidak lebih daripada 200 patah perkataan kepada [email protected]. Kami akan menyiarkan pandangan dan cadangan terpilih.
Astro Awani
Tue May 20 2014
Kumpulan One Direction tidak singgah di Kuala Lumpur
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.