KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap kerja serta kehidupan warga dunia, selain menambah bebanan kepada cabaran yang dipikul.
Industri seni dan kreatif negara tidak terlepas daripada menerima tempias wabak yang telah menular lebih setahun yang lalu.
Bagi pelakon, pengarah dan penerbit tersohor negara, Puan Sri Tiara Jacquelina, persembahan pentas masa kini tidak akan sama seperti dahulu selain memerlukan kreativiti luar biasa dalam setiap penyampaian.
“Ini soal penerbit dan pengkarya untuk menjadi kreatif, bagaimana ingin mempersembahkan sesuatu yang bukan sahaja memenuhi cita rasa penonton, tetapi juga mematuhi segala garis panduan.
“Para penonton sekarang banyak didedahkan dengan tayangan secara dalam talian. Apa yang pasti, ia tidak akan sama seperti dahulu,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Peneraju syarikat produksi Enfiniti (M) Sdn. Bhd itu mengakui kerugian jutaan ringgit ketika beliau dalam usaha membawa Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) ke Panggung Sari, Istana Budaya.
Rancangan itu, sebetulnya selepas penantian 10 tahun beliau untuk kembali mementaskan naskhah agung itu yang dijadualkan pada Julai tahun lalu terpaksa ditangguh susulan pandemik tersebut.
“Berjuta ringgit telah habis begitu sahaja kerana pra-produksi telah bermula, 7,000 tiket telah dijual. Apa yang harus kami lakukan?
“Tiada langsung pendapatan untuk tahun itu (2020). Jangan kata pendapatan, rugi lagi ada, berjuta ringgit, bukan lagi soal ratusan ribu ringgit.
“Kami menerima impak yang sangat teruk akibat pandemik ini,” katanya berterus-terang.
Walaupun impak yang dirasai amat teruk, Tiara bersyukur pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah membuka lembaran baharu kepada industri seni negara.
Bagaimanapun, beliau mengharapkan penjelasan terperinci dapat diberikan kerajaan seiring memastikan kelancaran pembukaan industri seni dan kreatif berjalan lancar, dalam masa sama memenuhi setiap garis panduan yang ditetapkan.
BACA: PKP 2.0: Industri kreatif dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat - Ismail Sabri
“Saya harap selepas ini penggiat seni ada peluang untuk mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama kerajaan supaya SOP (prosedur operasi standard) berkaitan persembahan secara langsung ini lebih jelas.
“Setiap aktiviti seni kreatif ini tidak sama. SOP ditetapkan tidak terpakai kepada semua aktiviti,” jelasnya.
Melihat kejayaan beberapa siri pementasan sebelum ini, Tiara amat mengharapkan usaha holistik berterusan dilaksanakan supaya pandemik ini tidak terus menenggelamkan industri seni kreatif negara.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 11 2021
Puan Sri Tiara yang juga peneraju syarikat produksi Enfiniti (M) Sdn. Bhd mengakui kerugian jutaan ringgit seiring usaha beliau membawa Puteri Gunung Ledang The Musical ke Panggung Sari, Istana Budaya. - Foto Tiara Jacquelina
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Kerugian jutaan ringgit, pembukaan industri kreatif diharap beri nafas baharu - Tiara
Persembahan pentas kini tidak akan sama seperti dahulu, kata Tiara, selain memerlukan kreativiti luar biasa dalam setiap penyampaian.