HIBURAN
'Kesian tengok dia penat ulang-alik' - Ajak Shiro hadiahkan restoran baharu kepada Ebby Yus

Ajak Shiro menghadiahkan sebuah cawangan baharu restoran miliknya kepada Ebby Yus sebagai tanda penghargaan dan sokongan, dengan lokasi berhampiran rumah Ebby di Kampung Baru. -Instagram
PELAWAK dan penyampai radio, Ajak Shiro, sekali lagi mencetuskan kejutan apabila menghadiahkan sebuah cawangan baharu restoran miliknya kepada rakan seindustri, Ebby Yus, sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan.
Ringkasan AI
- Ajak Shiro menghadiahkan sebuah cawangan baharu restoran miliknya kepada Ebby Yus sebagai tanda penghargaan dan sokongan, dengan lokasi berhampiran rumah Ebby di Kampung Baru.
- Ebby diberi hak pengurusan rasmi restoran tersebut, selepas sebelum ini menguruskan cawangan pertama di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
- Ebby meluahkan rasa syukur atas peluang tersebut, terutama dalam keadaan kesihatan beliau yang masih menjalani rawatan buah pinggang dan jantung.
"Saya rasa kesian tengok dia penat ulang-alik, jadi saya buka satu lagi cawangan khas untuk dia uruskan,” katanya menerusi video yang dimuat naik di media sosial.
Ajak turut menyerahkan dokumen pengurusan restoran kepada Ebby sebagai tanda rasmi penyerahan hak operasi.
Sebelum ini, Ebby telah diberi tanggungjawab menguruskan cawangan pertama restoran Ajak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 60, meluahkan rasa syukur dan terharu atas kepercayaan yang diberikan.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana… terima kasih banyak, Ajak.
"Dalam keadaan saya sekarang, bukan sahaja diberi rezeki tetapi juga peluang untuk berkongsi rezeki,” katanya.
Untuk rekod, Ebby sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan termasuk komplikasi buah pinggang dan jantung, dan masih menjalani rawatan susulan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami