awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ketepikan ego, tolak ansur demi anak' - Erra Fazira nasihatkan pasangan bercerai

Keluarga
Keluarga
04/02/2024
04:56 MYT
'Ketepikan ego, tolak ansur demi anak' - Erra Fazira nasihatkan pasangan bercerai
Erra (kanan) tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa. -Keluarga
MESKIPUN tidak lagi bersama bekas suami, Engku Emran, namun pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu anak tunggalnya Aleesya kurang kasih sayang ibu dan bapa.
Disebabkan itulah kata Erra, dia tidak pernah berniat untuk merebut hak penjagaan anaknya, malah dia dan Emran sanggup bertolak ansur demi kebahagiaan anak mereka.
Tambah Erra lagi, dia tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.
“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.
“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.
“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” katanya.
Bahkan kata Erra, setiap ibu bapa perlu merendahkan ego dan mengutamakan kebahagiaan anak selepas bercerai tanpa mementingkan diri sendiri.
“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.
“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi,” katanya.
Terdahulu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun. -Keluarga
Topic Berkaitan
#Erra Fazira
#Aleesya
#Engku Emran
#berebut hak penjagaan anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan