awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Kardashian akui karier berjaya kerana media sosial

Syafique Shuib
Syafique Shuib
24/10/2016
09:27 MYT
Kim Kardashian akui karier berjaya kerana media sosial
Kim Kardashian (gambar) berkata aspek positif menggunakan media sosial lebih banyak berbanding aspek negatif.
BINTANG realiti Kim Kardashian akui media sosial banyak membantu kariernya, meskipun terdapat beberapa aspek negatif, termasuk kes dirompak di Paris pada awal Oktober.
Dalam satu temuramah bersama program bual bicara 60 Minutes di Amerika Syarikat, Kardashian berkata aspek positif menggunakan media sosial lebih banyak berbanding aspek negatif.
“Dalam situasi saya, saya percaya terdapat banyak kebaikan (berbanding keburukan).
“'Terdapat kesulitan, tiada ruang untuk bersendirian, kehilangan privasi. Dan ia (media sosial) bukan untuk semua orang. Tetapi saya boleh menghadapinya,” kata Kardshian dalam temubual tersebut yang turut menampilkan beberapa individu berpengaruh dalam dunia media sosial.
Sebelum ini, Kardashian sering menerima kritikan kerana dikatakan tiada bakat dan hanya menayangkan gaya hidup mewah melalui program ‘Keeping Up With The Kardashians’ dan juga media sosial.
Jawabnya dalam program itu: “Anda mempunyai bakat jika anda berjaya membangunkan sebuah jenama yang berjaya dimana orang menyukai anda menjadi diri sendiri.”
Wawancara itu dirakam sebelum insiden rompakan di Paris, dimana dua lelaki bersenjata berjaya memasuki bilik Kardashian di Paris ketika bintang itu berada di sana untuk menghadiri Minggu Fesyen.
Perompak itu dilaporkan berjaya melarikan diri dengan barang kemas bernilai AS$10 juta.
Susulan kejadian itu, rakaman program ‘Keeping Up With The Kardashians’ dihentikan untuk seketika.
Topic Berkaitan
#bintang realiti
#Kim Kardashian
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan