APLIKASI Astro GO kini berwajah baru dengan penampilan segar!
Menampilkan antaramuka baru, ia memudahkan pelanggan melayari kandungan yang mereka langgan di aplikasi terbabit.
Bermula 8 Julai, kemaskini aplikasi baru Astro GO ini bakal dikeluarkan secara berperingkat kepada semua pengguna!
Antara fungsi baru menarik yang terdapat dalam kemaskini terbabit ialah navigasi yang lebih mudah untuk maklumat siri dan drama terkini.
Disamping itu, anda boleh menerokai kategori menarik lain, contohnya Movies, Kids dan Sports!
Dalam masa yang sama, pengguna Astro GO boleh melakukan carian berdasarkan nama pelakon atau pengarah, di samping itu ia akan memberikan jawapan berdasarkan 'suggestion' serta populariti.
Seterusnya, anda boleh menonton semua kandungan berdasarkan langganan anda terus di skrin utama dan ia memudahkan anda untuk mengikuti rancangan kegemaran anda!
Dengan 50,000 tajuk On Demands, pengguna Astro GO kini boleh menontonnya pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet!
Antara yang menarik ialah musim terbaru rancangan HBO Big Little Lies, semua musim Game of Thrones, drama popular melayu seperti Curi Curi Cinta dan Jodoh-Jodoh Annisa, serta K-drama terkini dan drama China eksklusif.
Dalam pada itu, anda boleh membeli filem-filem menarik seperti Captain Marvel, Gostan, dan Avengers: End Game (yang bakal disiarkan tidak lama lagi!) serta anda juga boleh memilih untuk menonton rancangan sukan dan kanak-kanak menarik, termasuklah Club Mickey Mouse, dan Upin & Ipin.
Bagi mendapatkan akses ke kandungan Astro GO, anda boleh memuat turun aplikasi terbabit di Apple Appstore atau Google Playstore.
Hubungkan akaun Astro anda ke dalam aplikasi terbabit dan tonton semua kandungan yang sama seperti pelan yang sudah anda langgan serta anda boleh mendaftar sehingga empat peranti untuk akaun yang sama.
Selain aplikasi, anda boleh mengakses Astro GO menerusi laman web astrogo.astro.com.my.
Gempak
Tue Jul 09 2019
Antara fungsi baru menarik yang terdapat dalam kemaskini terbabit ialah navigasi yang lebih mudah untuk maklumat siri dan drama terkini.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Kini lebih mudah, Astro GO muncul dengan penampilan baru!
Menampilkan antaramuka baru, ia memudahkan pelanggan melayari kandungan yang mereka langgan di aplikasi terbabit.