awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kisah benar maaf yang dipohon Herman jadi iklan Raya Astro 2015

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
01/07/2015
05:42 MYT
Kisah benar maaf yang dipohon Herman jadi iklan Raya Astro 2015
Bersempena dengan tema kempen Ramadan dan Syawal pada tahun ini, Astro mempersembahkan secara ekslusif iklan raya berjudul Tiada Noktah Untuk Kemaafan.
Tidak lengkap rasanya suasana sambutan Ramadan dan Syawal jika tidak diiringi iklan-iklan menarik bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
Bersempena dengan tema kempen Ramadan dan Syawal pada tahun ini, Astro mempersembahkan secara ekslusif iklan raya berjudul 'Tiada Noktah Untuk Kemaafan'.
Diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, iklan ini mengupas pengertian sebenar `kosong-kosong`.
Berlainan dengan iklan-iklan terdahulu, Tiada Noktah Untuk Kemaafan memaparkan sebuah kisah benar mengenai seorang pesakit yang juga merupakan bekas penagih dadah bernama Herman dan bapanya. Menampilkan elemen nilai kemaafan dalam menempuh realiti hari, kisah keluarga ini belum pernah dikongsi kepada umum sebelum ini. Keunikan dan nilai pergertian iklan komersial ini terserlah dengan penampilan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya, setelah sekian lama tidak berjumpa. Konsep iklan raya Astro untuk pada tahun ini adalah berlainan berbanding tahun-tahun lalu yang biasanya menampilkan barisan selebriti popular seperti Lisa Surihani, Johan, Erra Fazira, Zizan Razak, Aaron Aziz dan Hanis Zalikha. Astro berharap untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang kepentingan mengeratkan silatulrahim dan bermaafan terutama di bulan Islam yang mulia. Iklan tersebut mendapat reaksi yang positif daripada pengguna YouTube. Ternyata mesej tersurat yang terkandung sampai ke hati penonton.
Iklan Raya Astro Komen 1
Iklan Raya Astro Komen 1
Iklan Raya Astro Komen 2
Iklan Raya Astro Komen 2
Iklan Raya Astro Komen 3
Iklan Raya Astro Komen 3
Iklan Raya Astro Komen 4
Iklan Raya Astro Komen 4
Iklan Raya Astro Komen 5
Iklan Raya Astro Komen 5
Pengguna Twitter juga turut berkongsi rasa mereka setelah menonton iklan tersebut.
Iklan raya Astro xde sedih lagi ke??? Aduiii... Bebaldi2 nangisss!
— Nurul Maziah (@azieMELOR) July 1, 2015
Berhabuk mata tgk iklan raya astro ni... /p>— intan norbaizura (@intanizani) June 30, 2015
Fehh. Iklan raya astro ada ninja potong bawang wehh. Aduuhh. Pedih mata
— JAI. (@hangfaizal) June 30, 2015
Sedihlah pulak iklan raya astro ni *lapairmata*
— Att Yusof (@thisissoatt) June 30, 2015
Sedihnya lahai iklan raya bekas penagih ni. Seriously meleleh beb tgk. Thumbs up
— Nukman Ameen (@NukmanAmeen) June 30, 2015
I cried watching for the 1st time Astro's #KosongKosong ad. The 1 of Herman the ex-drug addict with his dad. Mmg tiada noktah utk kemaafan.
— (NH)² (@hamijoo) June 30, 2015
Iklan raya astro tahun ni penuh pengajaran betul/p>— Fadhli Arif. (@Paaali_) June 30, 2015
Iklan raya astro #kosongkosong sedih gila.
— TIG (@tigmha) June 30, 2015
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Astro
#iklan raya
#Kosong-Kosong
#syawal
#Tiada Noktah Untuk Kemaafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan