awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLFW2023: Hatta Dolmat buat kejutan, tampilkan Che Puan Juliana Evans sebagai 'muse'

Gempak
Gempak
27/08/2023
05:30 MYT
KLFW2023: Hatta Dolmat buat kejutan, tampilkan Che Puan Juliana Evans sebagai 'muse'
Hatta menyatakan perasaan terharu kerana Juliana menerima sambutan untuk menjadi wajah muse bagi koleksinya. -Gempak
PEREKA fesyen terkenal, Hatta Dolmat membuat kejutan dengan menampilkan pelakon, Che Puan Juliana Evans sebagai wajah ilham (muse) di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang berlangsung baru-baru ini.
Lebih istimewa lagi, Che Puan Juliana atau lebih mesra di sapa Juliana muncul di atas pentas peragaan bersama anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah sambil memperagakan busana koleksi Hatta.
Hatta ketika ditemui Gempak menyatakan perasaan terharu kerana Juliana menerima sambutan untuk menjadi wajah muse bagi koleksinya.
“Saya berasa sungguh terharu apabila Che Puan menerima undangan sebagai muse untuk koleksi kali ini.
“Lebih bermakna bagi saya lagi apabila Che Puan membawa anak kesayangannya untuk turut sama berjalan di pentas peragaan, saya sangat menghargainya,” ujarnya.
Tidak dapat disangkal lagi, ternyata kejutan Hatta itu meninggalkan seribu satu kenangan manis buat tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Selain memuji koleksi rekaan Hatta, tetamu juga turut terpesona dengan kecantikan Juliana dan kecomelan anak perempuannya.
Kedua-dua mereka menerima tepukan gemuruh daripada tetamu.
Ketika acara penutup, Hatta dan Juliana juga turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir sambil melambaikan tangan selain tersenyum manis.
Untuk info, koleksi Hatta pada tahun ini diinspirasikan dan dinamakan sebagai Jamais Vu.
Terdapat dua koleksi yang dikeluarkan, yang pertama adalah kolaborasi bersama Crafted by NX dan kedua ialah Jamais Vu iaitu koleksi Hatta sendiri.
Untuk koleksi NX terdapat 24 fesyen yang diperagakan manakala Jamais Vu pula adalah 32. -Gempak
Topic Berkaitan
#Hatta Dolmat
#Che Puan Juliana Evans
#KLFW2023
#Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan