KUALA LUMPUR: Astro Shaw hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama penerbit terkemuka dari Indonesia, Visinema Pictures dalam membawakan dan menjadi penerbit bersama untuk empat filem hebat Indonesia iaitu Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Mencuri Raden Saleh.
Ini sekali gus mengukuhkan lagi peranan Astro Shaw selaku penerbit, pengedar dan pemasar filem terbaik Malaysia dalam mendominasi pasaran Asia.
Menerusi gabungan mega ini, Astro Shaw berhasrat meningkatkan lagi kualiti hiburan filem buat penonton di Malaysia.
Mengulas tentang kolaborasi tersebut, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata Astro Shaw berbesar hati apabila dilihat sebagai penerbit filem utama di Malaysia yang mampu meyakinkan pengkarya dari negara luar untuk menjalin hubungan kerjasama dan meneroka potensi yang lebih besar.
“Kami berbangga dapat menjalin kerjasama strategik sekali lagi bersama Visinema Pictures dalam memperkukuhkan jenama kedua-dua penerbit di peringkat global. Dengan berkongsi objektif yang sama, kerjasama ini melambangkan kesungguhan kedua-dua belah pihak untuk memperkasa hasil filem Asia.
"Kolaborasi ini juga dilihat menjadi platform sempurna buat Astro Shaw dalam mempamerkan kredibiliti dalam menyediakan platform terbaik untuk mengedar dan memasarkan filem dari negara luar, di samping konsisten dengan komitmen berterusan dalam mempersembahkan filem-filem berkualiti kepada penonton Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
“Mewakili pihak Visinema, saya berasa sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw, salah satu penerbit terbesar dan terbaik di Malaysia. Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu usaha kami untuk memperkenalkan filem-filem yang dihasilkan oleh Visinema serta Indonesia kepada penonton antarabangsa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Visinema Pictures, Angga Dwimas Sasongko.
Tahun 2020, Astro Shaw telah bekerjasama dengan Visinema Pictures dalam memasarkan filem genre drama kekeluargaan nombor1 paling laris di Indonesia, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’, untuk tontonan di Malaysia melalui platform Astro First.
Visinema Pictures juga turut melakar fenomema tersendiri seperti ‘Cahaya dari Timur: Beta Maluku’ (2014), ‘Filosofi Kopi’ (2015), ‘Surat Dari Praha’ (2016), ‘Filosofi Kopi 2: Ben & Jody’ (2017), ‘Love For Sale’ (2018), Keluarga Cemara (2019), adaptasi daripada webtoon popular Indonesia, ‘Terlalu Tampan’ (2019) dan banyak lagi.
Astro Awani
Wed Feb 16 2022
Ben & Jody, Keluarga Cemara 2 dan Jagat Arwah antara yang bakal menemui penonton tempatan tidak lama lagi.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!
Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China
Anugerah Golden Rooster adalah anugerah filem paling berprestij di China, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam domestik dan antarabangsa.
Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
‘Qodrat 2’ bakal merasuk pawagam tahun hadapan
Selain Vino G. Bastian, Qodrat 2 yang membawakan kisah lebih mendalam dan gelap ini turut dijayakan oleh Acha Septriasa, Della Dartyan, dan Dony Alamsyah.
'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan
Ia kekal mendominasi meskipun diasak kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, dan Hellboy.
Astro Shaw jadi perintis industri filem Malaysia, perkenal treler multi-programatik
Seiring dengan evolusi landskap sinema di Malaysia, permintaan untuk strategi pemasaran kreatif semakin meningkat.
Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council
Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
#Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah
Menurut Adrian, dia percaya filem itu akan berjaya menambat hati para peminat filem di Malaysia.