KOLEKSI kenangan pencipta lagu tersohor dunia, Bob Dylan termasuk surat, lirik yang tidak diterbitkan dan lirik tulisan tangan “Blowin in the Wind” dijual dengan harga hampir setengah juta dolar, kata pelelong.

Barangan itu dimiliki rakannya yang juga ahli muzik, Tony Glover yang meninggal dunia tahun lepas.

Barang itu dijual dalam lelongan selama satu minggu dikelolakan RR Auction Company.

Koleksi kenangan Dylan yang dimiliki Glover termasuk transkrip temubual yang dijalankan Glover dengan ada tulisan tangan Dylan.

RR Auction dalam kenyataan pada Jumaat berkata, koleksi tersebut dijual dengan jumlah keseluruhan AS$495,000 (RM2 juta).

Lagu tulisan Dylan banyak mengubah industri muzik dunia dengan irama dan lirik yang sememangnya berbeza dari yang lain.

RR Auction Company berkata, lirik “Blowin in the Wind” bertarikh tahun 2011 dan ditandangani Dylan dijual dengan harga tertinggi, lebih AS$108,000 (RM441,000).

Sementara itu, lirik yang tidak sempat diterbitkan pada 1962 dijual pada harga AS$38,781 (RM158,640).

RR Auction Company berkata, pelanggannya teruja dengan harga yang ditetapkan dalam lelongan itu.

“Perkara yang lebih menggembirakan ialah penghargaan kepada Tony Glover dan bagaimana masyarakat sedar pengaruh beliau dalam sejarah Rock and Roll,” kata Bobby Livingston, wakil syarikat lelongan itu dalam satu kenyataan.