awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen negatif jadi pembakar semangat Sarah Suhairi

Gempak
Gempak
14/10/2018
00:06 MYT
Komen negatif jadi pembakar semangat Sarah Suhairi
Sarah berharap single terbarunya dapat diterima serta mampu memberi kepuasan kepada pendengar. - Astro GEMPAK
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi, mengaku turut menerima komen negatif daripada netizen mengenai single terbarunya, Nyawa dan Raga di laman sosial.
Menurut Sarah, cara pembawakan lagu kedua itu adalah identiti dirinya sendiri.
"Sarah menerima komen negatif daripada segelintir netizen mengenai cara pembawakan Sarah dalam single terbaru itu.
"Cara pembawakan Sarah dalam single Nyawa dan Raga ini menggambarkan identiti diri Sarah sendiri.
"Sarah cuba mengelak daripada disamakan dengan mana-mana penyanyi yang sedia ada," katanya.
Tambah penyanyi lagu Pedih ini, komen negatif yang diterima dianggap sebagai pembakar semangat buat dirinya.
"Sarah juga berharap single terbaru ini dapat diterima serta mampu memberi kepuasan kepada para pendengar," katanya kepada Gempak.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Syafiq Farhain, Tajul dan Fara Hazel pada episod kedua program terbaharu Big Stage Unplugged.
Big Stage Unplugged, 'Dominasi Muzik Tanpa Had' yang dikuasai oleh Hotlink RED, nikmati internet pantas percuma tanpa had untuk semua applikasi kegemaran anda.
Rancangan yang dikuasakan oleh Hotlink RED ini disiarkan secara langsung pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam menerusi Facebook Astro Gempak.
Topic Berkaitan
#Big Stage
#big stage unplugged
#hiburan
#penyanyi
#Sarah Suhairi
#semangat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan