HIBURAN
Komposer lagu ‘Bukan Aku Tak Cinta’, Adinda Amiro meninggal dunia

Karya-karya Allahyarham Adinda Amiro seperti Permaidani, Aduhai Seribu Kali Sayang, dan Bukan Aku Tak Cinta akan terus dikenang. - Gempak
KOMPOSER, penulis dan penyanyi Adinda Amiro dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pada malam Isnin.
Ringkasan AI
- Komposer dan penulis lagu terkenal, Adinda Amiro, meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah pada malam Isnin, dengan berita pemergiannya disahkan oleh Timbalan Pengerusi Music Malaysia.
- Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai kehilangan besar bagi industri muzik Malaysia, dengan karya-karyanya seperti Permaidani, Aduhai Seribu Kali Sayang, dan Bukan Aku Tak Cinta terus dikenang.
- Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak, dan ramai pihak merakamkan penghormatan serta doa agar roh beliau dicucuri rahmat.
Dalam masa sama, Ayob menyifatkan pemergian komposer yang terkenal menerusi lagu Permaidani nyanyian Aris Ariwatan itu sebagai sebagai individu yang sangat berbakat.
“Karya-karya Allahyarham merentasi masa dan menyentuh jutaan hati rakyat Malaysia. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar bagi dunia muzik dan budaya Malaysia.
“Namun, legasi seni dan suara hatinya akan terus hidup dalam lagu-lagu yang ditinggalkan.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan para solihin, dan diberikan ganjaran atas segala sumbangan seninya yang menghidupkan jiwa-jiwa insan,” katanya.
Difahamkan jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak, pada pagi tadi.
Sepanjang hayat, Allahyarham banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi popular tanah air dan kebanyakannya menjadi malar segar.
Antara karya Allahyarham yang terus segar dalam ingatan peminat termasuk lagu Aduhai Seribu Kali Sayang yang dinyanyikan Allahyarham Saleem Iklim, Air Mata (Lestari) dan Bukan Aku Tak Cinta (Iklim). -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami