KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkongsi gambar wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris di laman sosial tanpa kebenaran.
Katanya, tindakan seumpama itu dilihat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut.
“Saya sebenarnya saya enggan ulas mengenai perkara ini, saya dah penat nak kongsikan, sebab banyak sangat cerita mengenai Bilal.
“Cuma itulah, saya akan bawa keluar anak saya seperti anak orang lain, tapi apabila ada pihak nampak saya dengan Bilal, saya minta jangan dedahkan di media sosial.
“Saya sebagai ibu memang berasa berkecil hati dengan sikap mana-mana pihak yang mendedahkanya terus di media sosial tanpa kebenaran,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sidang media Next To Neelofa di Bukit Jalil, di sini, pada Selasa.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor berjanji, dia akan mendedahkan wajah anaknya apabila tiba masa yang sesuai.
“Apa yang saya boleh nasihatkan ialah, selepas ini kalau ada pihak nampak saya dengan Bilal, jangan kongsi di media sosial.
“Hormati privasi dan keputusan saya sekeluarga atas kehendak kami,” ujarnya.
Sebelum ini, Neelofa mendedahkan Bilal sepatutnya dilahirkan pada 10 Februari yang bersamaan dengan
tarikh lahirnya.
Namun, beliau dan suami, Muhammad Harris Ismail tidak pernah mendedahkan tarikh sebenar bila anak sulung mereka dilahirkan.
Sementara itu, program bual bicara yang dikendalikannya, Next To Neelofa memasuki musim kedua penerbitannya akan mula disiarkan pada 22 Oktober ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
Antara selebriti yang bakal tampil dalam program tersebut ialah Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah dan Ziana Zain.
Syahdeen Tahir
Tue Oct 11 2022

Neelofa berharap agar peminat menghormati privasi dan keputusannya dan keluarga mereka. - Gambar Astro AWANI

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

Pantau Kerajaan Baharu | Harga barang turun, pendapatan rakyat naik?

Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Rasuah | Kakitangan hospital direman terima suapan urus jenazah
Seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di Temerloh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00 bagi mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah daripada ejen-ejen pengurus jenazah.

Peguam Negara | Pengganti Tan Sri Idrus Harun masih dibincangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malumkan perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
![[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands [TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008558/35293274881675849832030_640x360.jpg)
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands
Enam disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah van yang terbabas ke sisi jalan di KM 4.8 jalan turun Genting Highlands pada Rabu.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.

Kongsi gambar Bilal di media sosial: "Hormati privasi keluarga saya" - Neelofa
Neelofa mengaku kesal terhadap pihak yang kongsi gambar wajah anaknya di laman sosial tanpa kebenaran.

Ibu Neelofa antara 7 individu diambil keterangan berkaitan dakwaan hina Sultan Johor - Polis
Noor Kartini Mohamed Noor hadir memberi keterangan dua jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Polis akan rakam keterangan ibu Neelofa
Polis Selangor akan merakam keterangan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.

Neelofa disiasat lagi, kali ini tidak pakai pelitup muka ketika hadir di mahkamah
Polis akan menjalankan siasatan terhadap selebriti Noor Neelofa Mohd Noor yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Neelofa okey, patuh arahan mahkamah - Peguam
Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan dan dikenakan ikat jamin RM10,000 manakala Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000.

Isu pematuhan SOP, keluarga Neelofa dipanggil beri keterangan Selasa
Selain keluarga Neelofa, polis juga menjangkakan kehadiran pihak penganjur majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu lalu itu.

Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.

Neelofa, PU Riz naik pelamin Sabtu ini?
Pasangan berkenaan akan melangsungkan majlis akad nikah dalam sebuah acara tertutup di sebuah hotel lima bintang di sekitar lingkaran KLCC.

Teka-teki Neelofa, PU Riz berkahwin terjawab minggu ini?
Pasangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dikatakan bakal membina mahligai perkahwinan, hujung minggu ini.

"Terkena minyak pengasih tuduhan berat" - Neelofa
"Cerita itu (terkena minyak pengasih) adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat."