awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Brian McKnight di PWTC 9 May ini

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
02/05/2014
09:53 MYT
Konsert Brian McKnight di PWTC 9 May ini
Brian McKnight
Bintang R&B Amerika, Brian McKnight bakal mengubat kerinduan peminat-peminat setianya di Malaysia dengan mengadakan konsert di Kuala Lumpur 9 May ini.
Konsert pelantun lagu Anytime, Back At One, Still, dan One Last Cry akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
McKnight, 44, baru-baru ini telah melancarkan album kompilasi lagu-lagu terbaik dendangannya, Greatest Hits yang merupakan fokus utama dalam siri konsert jelajahnya kali ini.
Lebih 20 juta albumnya terjual seluruh dunia, selain dikenali sebagai penyanyi yang memiliki nada falsetto terbaik, McKnight juga merupakan seorang penerbit dan penulis lagu.
Selain itu, duetnya bersama penyanyi superstar, Mariah Carey dalam Whenever you call adalah antara lagu yang sering menjadi siulan peminat sehingga ke hari ini.
Konsert McKnight 9 May di PWTC ini akan bermula pada jam 8:30 malam dan tiket berharga dari RM150. Untuk maklumat lanjut sila layari www.jagtickets.com.my.
Topic Berkaitan
#Brian McKnight
#Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan