awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis popular

Bernama
Bernama
05/05/2025
01:10 MYT
Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis popular
Melalui gabungan hiburan, pameran perkhidmatan kerajaan serta penglibatan usahawan, PMR 2025 Sabah turut menjadi platform penting memperkasa ekonomi rakyat dan menyemai semangat perpaduan komuniti. - Foto Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi
KUALA LUMPUR: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah bakal dimeriahkan dengan penganjuran Konsert Mega Tawau yang menampilkan barisan artis popular tanah air.
Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam memaklumkan konsert yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 8 malam 10 Mei itu antaranya akan menampilkan Datuk Awie, Stacy, Akim, Felix Agus dan Tekun Band.
"Konsert ini merupakan satu pengisian utama PMR 2025 Sabah yang membawa tema 'Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan'.
"Melalui gabungan hiburan, pameran perkhidmatan kerajaan serta penglibatan usahawan tempatan, program ini bukan sekadar meriah tetapi turut menjadi platform penting memperkasa ekonomi rakyat dan menyemai semangat perpaduan komuniti Sabah," menurut hantaran itu.
Antara aktiviti yang diketengahkan pada PMR 2025 Sabah, yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei, ialah pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat sosial, pameran perkhidmatan kerajaan dan program integrasi komuniti pelbagai kaum.
Program itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Kerajaan Negeri Sabah.
Ia turut melibatkan penyertaan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pelaksanaan inisiatif bantuan berlandaskan lima teras utama iaitu Perumahan, Pendidikan, Pekerjaan, Kebajikan dan Keusahawanan serta Latihan.
Peluang pendidikan dan kerjaya juga diberi penekanan melalui penganjuran Karnival Kerjaya dan program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) manakala Jualan MADANI pula menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
Majlis Penutupan PMR 2025 Sabah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 petang 11 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program MADANI Rakyat Sabah
#Konsert Mega Tawau
#Sabah
#artis popular tanah air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami