awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert norma baharu, penonton dalam gelembung

Agensi
Agensi
31/01/2021
12:30 MYT
Konsert norma baharu, penonton dalam gelembung
The Flaming Lips mengadakan dua konsert pada hujung minggu lalu di Oklahoma, dengan penonton menikmati muzik dalam gelembung plastik. - Reuters
OKLAHOMA:Kumpulan rock Amerika Syarikat, The Flaming Lips mengetengahkan idea tersendiri untuk mengadakan konsert ketika dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Penonton yang hadir perlu berada dalam space bubble (gelembung) plastik lutsinar sepanjang konsert.
Band tersebut mengadakan dua konsert pada hujung minggu lalu di Oklahoma, dengan penonton menikmati muzik dalam gelembung plastik berkenaan.
Jurugambar, Nathan Poppe memuat naik gambar situasi pada konsert tersebut dan memaklumkan terdapat 100 gelembung, masing-masing memuatkan tiga orang.
Gelembung itu dilengkapi alat pembesar suara, kipas angin, sebotol air, tuala dan papan tanda kecil yang tertulis ayat "Saya mahu buang air" dan "Panas di sini" untuk ditunjukkan kepada petugas konsert.
Petugas kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya, sama ada membawa penonton ke tandas atau mengisi udara sejuk ke dalam gelembung itu.
Semua penonton harus memakai pelitup muka ketika berada di luar gelembung itu, namun diberi pilihan untuk menanggalkannya apabila berada di dalam gelembung.
"Kami bertuah kerana peminat suka dan tidak ada masalah melakukan semua ini," kata Wayne Coyne, vokalis band itu, kepada BBC.
The Flaming Lips dilaporkan telah mengadakan latihan konsert menggunakan gelembung sepanjang tahun lalu, ketika COVID-19 memaksa kebanyakan konsert dibatalkan atau ditunda.
Topic Berkaitan
#The Flaming Lips
#konsert
#COVID-19
#pandemik
#Amerika Syarikat
#bubble
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan