KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat tahun lepas, kumpulan rock lagenda tanah air, Search kembali menghiburkan peminat di pantai timur.
Setelah 10 tahun tidak mengadakan persembahan di pantai timur, Search bakal menghiburkan peminat di Stadium Sukpa, Kuantan pada 21 Oktober ini.
Ketua kumpulan Search, Nordin Taib atau mesra dengan panggilan Din dalam satu kenyataan memaklumkan konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminat yang sentiasa menyokong karier mereka sejak 42 tahun lalu.
“Konsert Search ‘Rock ‘N’ Roll Pie’ yang dianjurkan kali ini akan berlangsung selama dua jam. Semestinya kita akan mempersembahkan lagu-lagu hits yang boleh dikatakan “sing along songs” yang akan dibawa secara live,” katanya.
Pemain bass kumpulan Search, Amran Marsiman atau Yan pula menganggap Kuantan adalah bandar blues dan rock n roll kerana ramai peminat yang meminati muzik rock di sana berdasarkan pengalamannya.
“Kuantan ni blues sebab tu kita panggil ‘Kuantanamo’ macam di sana ada blues dan rock n roll, ramai lagi geng-geng seluar koyak yang masih lagi menggayakan fesyen serupa ini.
“Saya harap mereka ini dapat memberi sokongan dengan hadir ke konsert Search Rock ‘n’ Roll Pie ini, saya nak kita enjoy dengan muzik yang kita bawa nanti,” katanya.
Konsert Search ‘Rock ‘n’ Roll Pie’ yang dianjurkan oleh Imaginex akan mempersembahkan lagu-lagu hits selain lagu-lagu yang terdapat di dalam album Rock N Roll Pie sekali gus mengembalikan nostalgia.
Konsert Search Rock N Roll Pie turut mendapat kerjasama Space Limitless selaku rakan strategik, Gitar Legend dan JS Music selaku penaja, Grand Darul Makmur Hotel sebagai hotel rasmi dan THR Gegar Selaku radio rasmi.
Tiket bagi menonton konsert sudah mula dijual dan harga tiket RM95 (duduk) dan RM130 (berdiri) boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.
Faida Rahim
Tue Sep 19 2023
Nordin memaklumkan konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminat yang sentiasa menyokong karier mereka sejak 42 tahun lalu.- Gambar Search Imaginex
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Konsert Search 'Rock N Roll Pie' gegar Stadium Sukpa Kuantan 21 Oktober
Selepas kejayaan Konsert Search Rockin On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat tahun lepas, kumpulan rock lagenda tanah air, Search kembali menghiburkan peminat di pantai timur.