KONSERT mega yang julung-julung kalinya diadakan, Konsert Wali X Setia “Cari Jodoh” & “Dawai” in Penang anjuran Orange International (OI) telah berjaya menghiburkan peminat-peminat muzik khususnya di sebelah Utara.
Perancangan yang pada mulanya hanya membawakan satu kumpulan pop popular Indonesia (Wali Band) dikejutkan dengan penambahan satu lagi kumpulan pop iaitu Charly Setia Band.
Di samping itu, penonton turut disajikan dengan persembahan oleh penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang tular dengan lagu Dawai selain kemunculan penyanyi popular Malaysia, Saixse dan juga Khai Bahar.
“Pada mulanya, hanya Wali sahaja yang akan menjadi main act, tetapi seakan bulan jatuh ke riba apabila Charly Setia pula berminat untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan.
"Bonus tidak ternilai buat siapa yang menontonnya kerana kami menawarkan tiket pada harga yang sama,” jelas CEO & pengasas Orange International, Datuk Fadzli Idrus.
Konsert yang bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang menyaksikan Wali mempersembahkan 12 lagu hit mereka seperti Cari Jodoh, Ada Gajah Di Balik Batu, Si Udin Bertanya, Yank, dan Aku Bukan Bang Toyib.
“Terima kasih buat semua peminat kami di Malaysia yang hadir menyaksikan Wali beraksi, kamu semua adalah yang terbaik!
“Kami sangat berbesar hati dapat menghiburkan anda semua dan ‘asyik’ dengan sing-along bersama-sama kami,” kongsi vokalis Wali, Faank.
Manakala Charly Setia menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Sampai Mati, Jangan Pernah Berubah dan Asmara.
Seterusnya, malam konsert menjadi gamat apabila penyanyi Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai yang ditunggu-tunggu ramai, dan lebih istimewa apabila dia turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malam konsert bertambah hangat apabila giliran Saixse pula muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Malam Pagi yang dinyanyikan bersama oleh semua penonton yang hadir, dan Khai Bahar pula membawakan lagu Luluh, Bayang, Oh Wanita dan sebuah lagu bonus, Lemas.
“Kami amat berpuas hati menyaksikan konsert yang dibawakan kedua-dua pihak penganjur, pelbagai ‘perisa’ muzik yang disajikan dengan genre yang berbeza dapat memenuhi citarasa setiap penonton yang hadir,” kongsi salah seorang penonton.
Rata-rata penonton yang hadir mengenakan baju berwarna hijau yang menjadi tema pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools yang disarankan oleh kerajaan. -Gempak
Gempak
Sun Feb 25 2024
Perancangan yang pada mulanya hanya membawakan satu kumpulan pop popular Indonesia (Wali Band) dikejutkan dengan penambahan satu lagi kumpulan pop iaitu Charly Setia Band. -Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Konsert Wali Band di Pulau Pinang meriah
Pada mulanya, hanya Wali sahaja yang akan menjadi main act, tetapi seakan bulan jatuh ke riba apabila Charly Setia pula berminat untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan.
Floor 88 tak fikir panjang, terus terima lamaran kolaborasi Wali Band
Dream Festival Collaboration Vol. 2 akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei depan, menyaksikan Wali Band bakal beraksi selama satu setengah jam membawakan pelbagai pilihan lagu popular.
Wali Band lancar album ke-4 di Malaysia
Wali Band telah memilih Malaysia untuk melancarkan album ke-4 yang berjudul Doain Ya Penonton.