awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Zee Avi dan Njwa ditunda

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/03/2019
02:13 MYT
Konsert Zee Avi dan Njwa ditunda
Penundaan konsert gandingan sulung Zee Avi dan Njwa atau Najwa Mahiaddin itu berikutan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. - Gambar fail
Persembahan dua figura tempatan bertaraf antarabangsa, Zee Avi dan Njwa sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang dijadual berlangsung pada 22 Mac di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), terpaksa ditunda kepada 22 Jun 2019. Penganjur Showlab Ventures, Farhan Aizat dalam satu kenyataan hari ini berkata penundaan konsert gandingan sulung Zee Avi dan Njwa atau Najwa Mahiaddin itu berikutan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, lokasi persembahan tidak berubah dan konsert akan bermula jam 8.45 malam. “Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami. “Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” katanya. Menyedari bahawa ia bakal menjadi buah tangan yang dinanti-nanti oleh peminat, Farhan menegaskan pihaknya berasa kesal dan sedih dengan keputusan penangguhan persembahan tersebut, yang konsepkan sofistikated, klasik dan elegan. Bagaimanapun kepada peminat yang tidak sabar menyaksikan persembahan dua diva ini, boleh dapatkan maklumat lengkap dan lanjut di laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my atau Facebook: Showlab MY. NJWA mula dikenali pada tahun 2011 sebagai penyanyi dan penerbit sebelum menggondol anugerah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18. Zee Avi mula mencipta nama sebagai penyanyi pada tahun 2009 melalui album Zee Avi dengan mempertaruhkan single bertajuk Bitter Heart.
Topic Berkaitan
#Dewan Merdeka
#hari wanita sedunia
#Njwa Zee Avi
#Pusat Dagangan Dunia Putra
#Showlab Ventures
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan