awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor lari, impian isteri Mark Adam bina rumah untuk ibu, bapa tidak kesampaian

Gempak
Gempak
17/02/2023
04:54 MYT
Kontraktor lari, impian isteri Mark Adam bina rumah untuk ibu, bapa tidak kesampaian
Kontraktor berkenaan telah mengingkari janji untuk menyiapkan rumah Mark Adam dan isteri (foto) pada tarikh ditetapkan sebelum menghilangkan diri. -Gempak
ISTERI kepada penyanyi Mark Adam iaitu Norazah Redzuan meluahkan rasa terkilan apabila projek rumah yang dibina untuk ibu bapanya telah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.
Kata Norazah, pihak kontraktor tersebut telah mengingkari janji untuk menyiapkan rumah berkenaan pada tarikh yang ditetapkan sebelum menghilangkan diri.
“Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.
“Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu.
“Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi Allah, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.
"Semua hitam putih aku ada,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
View this post on Instagram
A post shared by NR (@norazzaredz)
Pun begitu, Norazah tetap berfikiran positif dan menganggap perkara yang berlaku itu merupakan ujian buat dirinya sekeluarga.
Dalam masa sama, dia turut mengingatkan Mark Adam bahawa akan ada rezeki lain buat mereka.
“Kau berani aniaya orang lagi. Memang sakit, geram, terkilan semua ada. Tapi mungkin ini ujian daripada Allah dan ada hikmah di sebaliknya.
“Tidak apa baby (Mark), kita rugi sekarang, janji niat kita nak tengok mak abah duduk rumah itu kita teruskan. Insya-Allah ada hikmah,” tambahnya.
Difahamkan, projek tersebut telah bermula sejak tiga bulan lalu, namun tidak dihabiskan oleh pihak kontraktor apabila mereka dikatakan telah menghilangkan diri.
Bertambah buruk lagi, Mark dan Norazah sudahpun membayar penuh jumlah wang bagi projek binaan tersebut. -Gempak
Topic Berkaitan
#Mark Adam
#Norazah Redzuan
#rumah untuk ibu bapa
#kontraktor lari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan