SELEPAS lapan tahun, penantian peminat setia si panda, Po boleh menarik nafas lega apabila DreamWorks Animation kembali dengan Kung Fu Panda 4.
Filem kali ini masih mengekalkan Jack Black selaku Po, dengan kisahnya sebagai Pahlawan Naga menjaga ketenteraman di Lembah Damai.
Cuma kali ini penonton akan dibawa melayari kisah Po yang perlu mencari penggantinya sebagai Pahlawan Naga kerana Master Sifu mahu dia menyandang gelaran baharu.
Bagaimanapun, belum sempat berbuat demikian, Po bertemu dengan Zhen, seekor musang licik dan bijak yang sebenarnya membawa Po bertemu musuh tidak terjangka.
Jika dalam filem pertama, kita dipersembahkan bagaimana Po sebagai seekor panda yang sukakan kung fu secara tidak sengaja dipilih menjadi Pahlawan Naga.
Perjalanan Po sebagai Pahlawan Naga diteruskan dalam filem kedua, manakala siri ketiga pula memperlihatkan Po bertemu dengan keluarga sebenarnya.
Jadi apabila Kung Fu Panda 4 kembali, penonton sekali lagi dibawa melayari kisah dan pengembaraan Po.
Pada pandangan penulis, francais keempat ini masih lagi sebuah filem yang menarik untuk ditonton kerana ia seperti memberi bayangan ia adalah naskhah terakhir menampilkan Po sebagai Pahlawan Naga.
Kemunculan Zhen (suara Awkwafina) menjadi antara salah satu tarikan dan seperti selalu, Awkwafina tampil dengan komedi bersahaja yang menyebabkan penonton tidak kering gusi. Di tambah pula dengan suara Jack Black yang bersahaja dan mencuit hati.
Cuma sayangnya, graf komedi itu ada turun naiknya dan ada ketika membuatkan perjalanan Po serta Zhen agak mendatar.
Kewujudan watak baharu, The Chameleon juga tidak dikembangkan dengan baik sehingga penulis berasakan watak yang dijayakan Viola Davis sangat menarik tetapi tidak dikembangkan sepenuhnya untuk meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Keseluruhannya, Kung Fu Panda 4 masih sebuah filem yang menarik untuk ditonton terutamanya bersama anak-anak.
Kung Fu Panda 4
PENGARAH: Mike Mitchell, Stephanie Stine
PELAKON: Jack Black, Awkwafina, James Hong, Dustin Hoffman, Bryan Cranston, Viola Davis, Ke Huy Quan, Ian McShane
GENRE: Aksi / Animasi / Komedi
DURASI: 1 jam 34 minit
KLASIFIKASI: P12
TAYANGAN: 7 Mac 2024
* Artikel asal dari Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Master Sifu mahu Po menggalas tanggungjawab baharu. - Foto agensi
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disebut semula 27 Jun
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Bekas CEO badan berkanun direman
Seorang lagi ssuspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Kung Fu Panda 4 aksi terakhir Po?
Filem kali ini masih mengekalkan Jack Black selaku Po, dengan kisahnya sebagai Pahlawan Naga menjaga ketenteraman di Lembah Damai.
Pemilik 'suara' Doraemon Tomita Kosei meninggal dunia
Pemilik sebenar suara siri animasi Doraemon, Tomita Kosei meninggal dunia akibat lumpuh.