LAGU terbaharu Shakira tentang bekas pasangannya, pemain bola sepak Gerard Pique, telah memecahkan rekod YouTube.
Video muzik lagu berjudul "BZRP Music Sessions #53," mendapat lebih 63 juta tontonan dalam masa 24 jam, menjadikannya lagu Latin yang paling banyak ditonton dalam tempoh masa itu.
Selepas tiga hari, tontonannya sudah mencecah lebih 107 juta.
Setakat ini, ia juga menjadi lagu Latin dengan strim terbanyak di Spotify dalam satu hari bagi tahun 2023, memecahkan rekod strim bagi lagu Sepanyol dan Colombia.
Lagu pop empat minit itu adalah kerjasama pertama Shakira dengan penerbit Argentina dan DJ, Bizarrap.
Shakira, 45, berpisah dengan Pique, 35, yang juga bintang Barcelona, pada 2022 selepas lebih 10 tahun bersama.
Pasangan itu juga mempunyai dua orang anak, Milan dan Sasha.
Biarpun tidak memberi alasan mengapa mereka berpisah, namun media antarabangsa melaporkan Pique kerap berlaku curang, malah sudah lama berhubungan dengan teman wanita terbaharunya, Clara Chia, sejak sebelum hubungannya dengan Shakira berakhir.
Menerusi lirik lagu itu yang berbahasa Sepanyol, Shakira dikatakan menyindir teman wanita Pique yang berusia 23 tahun.
Shakira membandingkan hubungan itu dengan menukar "Ferrari dengan [Renault] Twingo" dan "Rolex untuk Casio".
Pique setakat ini belum memberi reaksi terhadap lagu berkenaan.
Agensi
Sun Jan 15 2023
Media antarabangsa melaporkan Pique sudah menjalin hubungan dengan teman wanita baharunya sebelum berpisah dengan Shakira. - Gambar fail/Reuters
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Shakira didakwa tipu cukai buat kali kedua
Pendakwa raya Sepanyol mendakwa, penyanyi itu dituduh menipu bagi pendapatan 6.7 juta euro (RM33 juta) pada 2018.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cinta tiga segi: Tom Cruise tercabar, Hamilton dekati Shakira?
LEWIS HAMILTON dilaporkan berada dalam 'cinta tiga segi' dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.
Shakira beri bayangan jalin hubungan cinta dengan Hamilton
Penyanyi dan pelumba Formula 1 itu dilaporkan saling menyenangi antara satu sama lain walaupun tiada pengesahan rasmi.
Tom Cruise berminat, ini pula respons Shakira mengenai gosip cinta mereka
Aktor Tom Cruise dan penyanyi Shakira baru-baru ini dirakamkan bersama sewaktu perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Miami.
Hubungan berakhir, Shakira 'hidu' kecurangan Pique dalam peti sejuk
Penyanyi pop terkenal Shakira mendedahkan perbuatan curang pasangannya, pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique akhirnya terbongkar selepas mendapati jem strawberi di kediaman pasangan ini berusik'.
Ayam punya hal, Shakira pecat pekerja
Shakira didakwa memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diminta.
Tipu cukai, pendakwa raya Sepanyol mohon Shakira dipenjara lebih 8 tahun
Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai EUR14.5 juta (US$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.
'Saya teruja!' - Reaksi Shakira selepas Puteri Charlotte 'jatuh hati' dengan 'Waka Waka'
Sebelum ini, Putera William mendedahkan puteri Baginda Puteri Charlotte, gemar menari dengan lagu nyanyian Shakira, 'Waka Waka'.
5 wanita cantik julang kerjaya pemain bola sepak ternama
Lima wanita ini bukan sahaja cantik tetapi juga berjaya dalam karier masing-masing.