ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Jun 2023.

1. Presiden Palestin mulakan lawatan negara ke China

Abbas dalam lawatan rasmi kelimanya ke China, berada di Beijing atas jemputan Presiden China Xi Jinping.

2. Kenya ambil inisiatif jadi perantara untuk selesaikan krisis di Sudan

Kenya mengambil inisiatif dengan menjadi perantara untuk mempertemukan pihak yang bertelagah di Sudan bagi berunding mencari penyelesaian menamatkan krisis yang melanda negara itu.

3. Sidang Kemuncak NATO diharap bawa berita gembira keanggotaan Ukraine - Poland

Presiden Poland Andrzej Duda berkata beliau berharap sidang kemuncak NATO akan datang bakal membawa "berita baik" kepada Ukraine terutamanya mengenai masa depan keanggotaan Kiev.

4. Kerajaan campuran Itali bakal berdepan cabaran susulan kematian Berlusconi

Kematian ahli politik veteran Itali dan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi mungkin akan memberikan cabaran kepada kerajaan campuran negara itu.

5. 98 peratus nama dalam pemantauan FBI terdiri orang Islam

Laporan oleh satu kumpulan Islam di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa majoriti nama dalam senarai pemantauan FBI, atau lebih daripada 98 peratus, terdiri daripada nama orang Islam.

6. Cinta tiga segi: Tom Cruise tercabar, Hamilton dekati Shakira?

Lewis Hamilton dilaporkan berada dalam 'cinta tiga segi' dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.

7. Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga

Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga, kelmarin.

8. Lelaki warga Britain ditahan panjat bangunan pencakar langit di Seoul

Seorang lelaki warga Britain ditahan ketika memanjat bangunan pencakar langit kelima tertinggi di dunia di Korea Selatan, tanpa mengenakan abah-abah (harness).

9. Wanita mati 'bangkit semula' ketuk keranda

Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.

10. Pat Sajak umum bersara selepas 40 tahun bergelar hos Wheel of Fortune

Pat Sajak yang kini berusia 76 tahun telah mengendalikan game show itu sejak tahun 1981.