awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee pertaruh X-Ternal untuk teruskan legasi Copero Viper

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
01/10/2024
11:46 MYT
Lee pertaruh X-Ternal untuk teruskan legasi Copero Viper
Lee menjenamakan semula kumpulan Viper kepada X-Ternal pada tahun 2023, dengan tiga anggota baharu - Edie (vokalis), Shahrul (dram), dan Fitri (bass). -Foto X-Ternal
AGAK lama juga sebenarnya kita tidak mendengar khabar berita salah sebuah kumpulan heavy metal yang pernah popular satu ketika dahulu iaitu Copero Viper.

Ringkasan AI
  • Bekas pemain gitar Viper, Lee (Mohd Ali Abu Bakar), telah menjenamakan semula kumpulan itu kepada X-Ternal pada tahun 2023, dengan tiga anggota baharu - Edie (vokalis), Shahrul (dram), dan Fitri (bass).
  • X-Ternal telah menandatangani kontrak rakaman untuk single pertama mereka, "Sendiri Aku Di Sini", yang dimuatkan dalam album kompilasi 'Rock Never Dies (Volume 1)'. Single ini mendapat sambutan baik dengan 18,000 tontonan di YouTube.
  • X-Ternal kini dalam fasa mempromosikan single mereka di pelbagai platform dan konsert mini. Lee berharap peminat lama akan terus menyokong mereka seperti ketika zaman kegemilangan Viper.

Mungkin setengah peminat rock tanah air menyangka kumpulan yang pernah disertai Zuar XPDC dan Amy XPDC ini telah pun berkubur selepas masing-masing menyertai semula XPDC Kita Pengyu manakala yang lainya membawa haluan hidup masing-masing.
Legasi Viper itu sebenarnya masih lagi ada, dan kini diteruskan oleh bekas pemain gitar kumpulan itu iaitu Lee dengan menjenamakan semula Viper kepada X-Ternal pada 2023.
Lee atau nama sebenarnya Mohd Ali Abu Bakar, 48, mengumpulkan tiga anggota baharu untuk membentuk X-Ternal dengan masih lagi mengekalkan konsep modern rock.
Jelas Lee, anggota baharu Edie bertindak selaku vokalis X-Ternal, Shahrul selaku pemain dram, dan Fitri selaku pemain bass, selain Lee X-Ternal kekal di posisi lamanya selaku gitar utama.
"X-Ternal telah menandatangani kontrak rakaman dan edaran untuk single pertama yang bertajuk 'Sendiri Aku Di Sini' yang dicipta sepenuhnya oleh saya dan telah dimuatkan ke dalam album kompilasi 'Rock Never Dies (Volume 1).
"Ia adalah terbitan Melissa Records pada tahun ini dan telah habis dijual dalam masa dua minggu.
"Kompilasi tersebut memuatkan lebih 20 buah lagu yang merangkumi beberapa buah kumpulan rock tanah air," kata Lee X-Ternal kepada Astro AWANI pada Selasa.
Kata Lee lagi, X-Ternal turut terlibat dalam pembikinan video klip bagi lagu Sendiri Aku Di Sini yang mana ia kini telah berjaya meraih 18,000 tontonan setakat ini di platform YouTube.
Walaupun ia masih baharu, namun bagi Lee, ia sudah cukup memberikan tanda positif dalam kemunculan kembali mereka ke persada industri hiburan tanah air.
Dia juga tidak menyangka pertaruhan konsep rock yang pernah mengecapi zaman kegemilangan sekitar era 80an hingga 90an itu masih lagi diterima ramai, dan memiliki pengikut setia mereka yang tersendiri sehingga ke hari ini.
X-Ternal, jelasnya, kini dalam fasa mempromosikan single mereka itu di pelbagai platform, showcase, dan mini konsert.
Dengan kemunculan X-Ternal, Lee berharap peminat-peminat akan memberikan sokongan seperti mana pernah diterimanya ketika masih lagi menganggotai Viper sedikit masa lalu.
Kali terakhir Lee X-Ternal bersama Copero Viper adalah pada tahun 2020 dengan album terakhir mereka iaitu 'Wali Pendekar'
Topic Berkaitan
#Copero Viper
#Heavy Metal
#peminat rock tanah air
#Zuar dan Amy XPDC
#CX-Ternal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan