Lelaki Harapan Dunia dinobatkan sebagai Filem Terbaik sempena malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) yang berlangsung malam ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Filem tersebut turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik (Liew Seng Tat), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Raykarl Iskandar), Cerita Asal Terbaik (Liew Seng Tat) dan Penataan Seni Terbaik (Tunku Mohd Taufek).

Karya genre komedi drama daripada Everything Film Sdn Bhd itu mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu hingga mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana kecoh.

BACA: LPF kekal keputusan, tiada isu kontroversi dalam Lelaki Harapan Dunia

BACA: Tonton 'Lelaki Harapan Dunia' dulu sebelum hukum - Liew Seng Tat

ULASAN: Lelaki Harapan Dunia, bila 'fitnah' bermaharajalela, satu 'kampung' huru-hara

WAWANCARA: Selami pemikiran pengarah dan pelakon Lelaki Harapan Dunia

Sementara itu, aktres Fazura menitiskan air mata gembira saat diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Beliau mendapat kepercayaan juri untuk meraih anugerah itu berdasarkan wataknya sebagai Ifti Liyana yang pelbagai warna dan emosi.

Sementara itu, Lee Sai Peng yang menampilkan lakonan yang cukup berkesan dalam The Journey sebagai ayah yang berdepan cabaran menjaga hubungan dengan keluarga dalam isu pertembungan budaya, telah merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

Malam kemuncak FFM27 menyaksikan nama-nama besar dalam industri perfileman tanah air berentap dalam kategori-kategori penting.

Sebanyak 20 anugerah telah diumumkan dalam majlis yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Nabil Ahmad tersebut.

Antara artis yang menjayakan persembahan pada malam gilang-gemilang itu ialah Joe Flizzow, SonaOne, Amir Jahari, Misha Omar, Amy Search dan Najwa Mahiaddin.


Berikut adalah senarai lengkap pemenang pada malam kemuncak FFM27:

Filem Box-Office - The Journey (kutipan RM18 juta)

Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar)

Sinematografi Terbaik - Eric Yeong (The Journey)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)

Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia)

Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak)

Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)

Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham

Anugerah Khas Juri - The Great Lion

Anugerah Khas Juri - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Anugerah Khas Juri - Terbaik Dari Langit

Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng (The Journey)

Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik - The Journey

Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)

Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia


Berikut adalah senarai pemenang pada malam pembukaan FFM27:

Filem Cereka Animasi Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)

Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)

Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)

Penataan Seni Terbaik - Tunku Mohd Taufek (Lelaki Harapan Dunia)

Penataan Bunyi Terbaik - Winson Poon (Hungry Ghost Ritual)

Pereka Kostum/Busana Terbaik - Elaine Ng & Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)

Kesan Khas Terbaik - Mirage Works (Seventh)

Skor Muzik Asal Terbaik - Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Lagu Tema Asal Terbaik - “Lautan” oleh Yuna (Lagenda Budak Setan 3)

Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim

Pembahagian anugerah mengikut filem

Lelaki Harapan Dunia - 5
The Journey - 4
Terbaik Dari Langit - 3
Amir & Loqman Pergi Ke Laut - 2
Ophilia - 2
Manisnya Cinta di Cappadocia - 2
Hungry Ghost Ritual - 2
Dollah Superstar - 1
Cuak - 1
The Great Lion - 1
Seventh - 1
Lagenda Budak Setan 3 - 1
Ribbit - 1
Rimba Racer - 1
Salvaj - 1