awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lembu', 'Raj' dominasi pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2015
07:37 MYT
'Lembu', 'Raj' dominasi pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian
Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-12 ataupun Cammies bakal berlangsung pada 26 April ini.
"Lembu" dan "Matderishkolaperlih" hasil karya pengarah dan pelakon Nam Ron antara yang menerima pencalonan akhir di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-12.
Selain itu, teater muzikal "Supermokh" dan "P.Ramlee The Musical" turut diumumkan antara yang tercalon di dalam kategori teater muzikal.
Teater lakonan pelakon prolifik Jo Kukathas, "Raj and The End of Tragedy" pula mendominasi pencalonan dalam kategori teater dengan lima pencalonan.
http://awards.kakiseni.com/
http://awards.kakiseni.com/
Antara calon yang hadir - Foto kaki seni
Membawa tema kegemilangan zaman 80-an, majlis anugerah tahun ini bakal memberi penghargaan kepada karyawan tempatan yang telah memberi sumbangan besar kepada industri seni tanah air lebih daripada 10 tahun.
Antara tokoh yang dipilih tahun ini ialah Chin San Sooi, Normah Nordin, Datuk Rahim Razali, Datin Marion D’Cruz dan Datuk Faridah Merican.
Selain itu, tahun ini juga merupakan tahun kedua anugerah ini memberi penghormatan kepada legenda seni tanah air.
Tahun lepas, Anugerah Seni BOH Cameronian memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, mendiang Datuk Krishen Jit dan Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.
Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, Anugerah Seni yang telah pun menjangkau usia 13 tahun ini akan memperkenalkan kategori baharu iaitu “Young Chammies” – kategori yang memberi keutamaan kepada pencapaian para pelajar yang masih di sekolah menengah.
Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-12 ataupun “Cammies” bakal berlangsung pada Ahad 26 April di Soju, Sunway Pyramid.
Untuk senarai penuh pencalonan, sila layari awards.kakiseni.com.
Topic Berkaitan
#anugerah
#BOH Cameronian
#legenda
#lembu
#Matderishkolaperlih
#Nam Ron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan