awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepas setahun berehat, Siti ubati rindu peminat dengan 'Cinta Syurga'

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/06/2018
01:25 MYT
Lepas setahun berehat, Siti ubati rindu peminat dengan 'Cinta Syurga'
Siti menyifatkan gabungan bersama Khai adalah pilihan terbaik kerana beliau mempunyai bakat besar dan boleh menyampaikan nyanyian dalam pelbagai genre. - Astro AWANI
Selepas setahun berehat daripada membuat persembahan nyanyian, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mengubat rindu peminatnya.
Siti yang selamat melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, kembali dengan dendangan lagu duet Cinta Syurga bersama penyanyi Khai Bahar.
Cinta Syurga yang diilhamkan menerusi melodi zikir dan lagu Comel Pipi Merah ternyata ‘menjadi’ apabila lagu tersebut dilihat bertepatan dengan bulan Ramadan ini.
Siti memaklumkan, single terbaharu beliau itu diinspirasikan selepas pihak pengurusannya menonton sebuah video daripada dua orang pelajar sekolah maahad di Johor yang mengalunkan melodi Comel Pipi Merah dengan ucapan zikir dalam beberapa rangkap.
“Pihak pengurusan saya telah menghubungi pelajar tersebut dan berurusan dengan guru mereka, justeru lahirlah single terbaharu bersama Khai Bahar ini,” katanya pada majlis pelancaran lagu itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Sabtu.
Tambah Siti, gabungan bersama Khai adalah pilihan terbaik kerana beliau mempunyai bakat besar dan boleh menyampaikan nyanyian dalam pelbagai genre.
“Khai yang sememangnya popular terutamanya dalam platform Smule mempunyai bakat besar dan mampu menyanyi pelbagai jenis lagu.
“Saya juga senang berurusan dengan Khai contohnya proses rakaman hanya mengambil masa satu jam sahaja bagi single terbaharu ini,” ujarnya.
BACA: Gandingan 'Cinta Syurga' CTDK dan Khai Bahar menjadi!
BACA: Datuk Siti Nurhaliza pilih Khai Bahar
Menurut Khai pula, gandingan bersama penyanyi tersohor itu merupakan peluang yang baik buat kariernya dan berbesar hati sekiranya ada peluang untuk digandingkan lagi.
Dalam majis tersebut, Siti Nurhaliza turut mendendangkan lagu Hari Kemenangan bersama dua peminat bertuah.
Majlis tersebut diwarnai oleh kehadiran pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz Teduhan Kasih Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
#Cinta Syurga
#Khai Bahar
#Lagu
#Ramadan
#Single
#Siti Aafiyah
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan