awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Linda Rafar umum tarik diri daripada kumpulan Elite

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2025
10:10 MYT
Linda Rafar umum tarik diri daripada kumpulan Elite
Linda Rafar mengumumkan penarikan diri daripada kumpulan Elite menerusi luahan emosi di platform Thread, sebulan selepas menyertai konsert Elite Live 25. -Foto Threads
PENYANYI dan pelakon Linda Rafar, 47, hari ini umum menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite.

Ringkasan AI
  • Linda Rafar mengumumkan penarikan diri daripada kumpulan Elite menerusi luahan emosi di platform Thread, sebulan selepas menyertai konsert Elite Live 25.
  • Keputusan tersebut dipercayai berkait dengan tekanan emosi yang dialaminya semasa sidang media konsert, walaupun punca sebenar tidak dinyatakan.
  • Peminat dan rakan artis menyokong keputusan Linda, menyifatkannya sebagai langkah terbaik demi kesihatan mental dan kesejahteraan peribadi.

Perkara itu dikongsikan Linda menerusi platform Threads, dengan luahan emosi yang menyentuh hati peminat.
“Hanya kepada Allah aku berserah. Maafkan Linda jika tak dapat bersama Elite lagi.
"Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa juga keadaan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Keputusan itu diambil hanya sebulan selepas Linda kembali bergabung untuk menjayakan konsert Elite Live 25 di Plenary Hall, KLCC pada 23 Jun lalu.
Walaupun tidak menyatakan punca tindakan, namun ia dipercayai berkait rapat dengan tekanan emosi dialaminya semasa sidang media konsert tersebut.
Peminat dan rakan artis tampil memberikan sokongan moral kepada Linda, menyifatkan keputusannya sebagai langkah terbaik demi kesihatan mental dan kesejahteraan peribadinya.
Topic Berkaitan
#Linda Rafar
#ELITE LIVE 25
#konsert
#umum tarik diri
#keluar kumpulan Elite
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan