awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa Blackpink positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2021
23:16 MYT
Lisa Blackpink positif COVID-19
Bintang K-pop terkenal, Lisa Blackpink pada Rabu disahkan positif COVID-19. -Gambar fail
BINTANG K-pop terkenal, Lisa Blackpink pada Rabu disahkan positif COVID-19.
Syarikat produksi YG Entertainment ketika mengumumkan perkara itu berkata tiga ahli lain -- Rose, Jennie dan Jisoo -- sedang menunggu keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) mereka, lapor portal Yonhap.
Ketiga-tiga mereka tidak disenaraikan sebagai kontak rapat Lisa.
"Lisa BLACKPINK telah disahkan menghidap COVID-19 tengah hari tadi (24 November).
"Tiga ahli BLACKPINK yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kontak rapat, tetapi mereka segera mengambil ujian PCR selepas mendengar keputusan positif COVID-19 Lisa, dan mereka sedang menunggu keputusan.
"Kami segera berkongsi maklumat ini dengan pantas dan tepat kepada wakil dan kakitangan, dan kami mengambil langkah pencegahan yang wajar melepasi garis panduan pihak berkuasa kesihatan.
"Kami tidak berputus asa dan akan terus memberikan sokongan penuh terhadap kesihatan artis kami dan kakitangan yang berkaitan sebagai keutamaan.
"Kami akan memaklumkan kepada anda sekali lagi dengan segera jika terdapat sebarang perubahan," tulis YG Entertainment dalam kenyataan itu.
Lisa dijangkiti hanya beberapa bulan selepas artis kelahiran Thailand dengan nama sebenarnya Lalisa Manoban itu melancarkan single solonya LALISA.
Video muzik itu meraih 73 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 24 jam selepas tayangan, memecahkan rekod terakhir untuk artis solo yang dibuat oleh penyanyi Amerika Syarikat Taylor Swift.
Dengan lebih daripada 60 juta pengikut, Lisa ialah bintang K-pop paling popular di Instagram.
Jangkitan COVID-19 dan kes kritikal di Korea Selatan melonjak ke paras tertinggi pada Rabu apabila negara itu pada awal bulan ini beralih kepada pelan "hidup bersama COVID-19" bertujuan menarik balik peraturan sekatan dan membuka semula operasi selepas mencapai matlamat vaksinasi bulan lalu.
Topic Berkaitan
#Lisa BLACKPINK
#positif COVID-19
#ujian PCR
#YG Entertainment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan