awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Maafkan saya, ini kecuaian sendiri" - Sam mengaku silap gantung vape di leher

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/11/2020
08:29 MYT
"Maafkan saya, ini kecuaian sendiri" - Sam mengaku silap gantung vape di leher
Shaheizy Sam memnegaskan, dia tidak berniat untuk mempromosikan apa-apa produk seperti yang didakwa segelintir pihak.
KUALA LUMPUR:Pelakon terkenal, Shaheizy Sam memohon maaf atas tindakannya menggantung rokok elektronik (e-rokok) atau vape pada leher semasa menjadi penyampai anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 malam tadi.
Aktor itu memberi alasan dia terlalu gugup sehingga terlupa dengan penampilan diri dalam acara yang berlagsung di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini.
"Sam Sedar ramai yang bising di sosial media mengenai apa yang jadi di ABPBH semalam, jadi Sam nak minta maaf kepada ABPBH atas kecuaian diri sendiri.
"Memang saya yang salah, sebab saya terlalu nervous sebab nak buat yang terbaik sehingga Sam terlupa apa yang ada pada diri Sam," katanya dalam laman Instagram peribadinya.
Dalam masa sama, suami kepada pelakon Syetila Melvin itu menegaskan, dia tidak berniat untuk mempromosikan apa-apa produk seperti yang didakwa segelintir pihak.
Sebaliknya, tindakan itu, katanya, berlaku di luar kawalan.
View this post on Instagram
A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)
Di laman sosial, Shaheizy Sam dikecam hebat oleh nitezen kerana dikatakan menunjukkan satu contoh yang tidak baik apabila menggantungkan vape di leher dan muncul dalam sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Perkara tersebut turut dipersoalkan oleh Public Health Malaysia, bagaimana tindakan sedemikian boleh dilepaskan untuk tayangan umum.
Sedih melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv Usah sembang mengenai pematuhan SOP jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan live dalam TV.https://t.co/92iJeE3O4l pic.twitter.com/8HYcxjZFRc
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) November 13, 2020
Topic Berkaitan
#Shaheizy Sam
#vape
#ABPBH
#Malaysia
#rokok elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan