MUAR: Pemergian vokalis kumpulan XPDC, Mael ke rahmahtullah malam tadi tidak hanya mengundang duka dalam kalangan keluarga Allahyarham.
Sebaliknya, berita kematian penyanyi rock yang sangat disegani ramai itu turut mengejutkan seluruh industri hiburan dan peminat-peminat setia Allahyarham dan kumpulan XPDC.
Peminat kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an itu mengakui terkejut dengan berita pemergian vokalis kumpulan itu dan menyifatkan kehilangan Mael, 55, sebagai pemergian yang cukup besar bagi industri muzik tanah air.
Seorang peminat tegar XPDC, Mohd Ridzal Abdul Raho, 52, berkata, sejak usia awal 20-an, dia tidak pernah terlepas untuk menghadiri setiap konsert mahupun persembahan kecil kumpulan berkenaan.
“Sejak usia 20-an saya tidak pernah terlepas mana-mana konsert XPDC yang mana kalau dulu ketika zaman belum ada kenderaan, saya dan rakan-rakan sanggup kumpul duit untuk pastikan kami dapat tengok Allahyarham Mael menyanyi lagu-lagu popularnya.
“Sehinggakan dahulu kami pernah tidur bawah jambatan selepas habis konsert sementara tunggu bas pertama untuk pulang semula ke kampung di Kota Tinggi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di kediaman anak perempuan Allahyarham Mael di Sungai Abong, di sini, pada Khamis.
Mohd Ridzal yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, tidak menyangka persembahan XPDC di daerah itu pada awal Mac lalu merupakan yang terakhir ditontonnya.
“Sebagai peminat tegar, pada saya kehilangan Allahyarham memang tiada ganti dan merupakan satu kehilangan besar buat industri hiburan negara.
“Sikapnya yang sangat menghargai peminat saya tidak nampak ada pada artis-artis lain dan sudah pasti selepas ini kami sebagai peminat hanya dapat mengenang arwah melalui album lagu-lagunya yang saya simpan sejak dahulu lagi,” katanya dalam nada sebak.
Sementara itu, salah seorang kru pengurusan XPDC, Romi Bahrin, 47, berkata, komitmen Allahyarham Mael dalam setiap persembahannya sehingga kini sememangnya tiada galang ganti.
“Saya sudah bekerja dengan Allahyarham Mael sejak 10 tahun lalu dan kalau nak dikenang peribadi arwah memang sangat baik dan mudah orangnya.
“Walaupun dia memang mempunyai penyakit asma sejak dahulu lagi, tetapi setiap kali persembahan dia akan sentiasa buat yang terbaik dan tidak akan mengecewakan peminatnya yang kebanyakannya datang dari jauh,” kata Romi mengenang penyanyi yang amat dihormatinya itu.
Jenazah Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, di sini, sebelum solat Jumaat hari ini.
Allahyarham Mael, 55, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 malam tadi di Hospital Muar
Berita pemergian disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.
Allahyarham yang menetap di Parit Tiram di sini meninggalkan lima anak berusia antara 20 hingga 29 tahun.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Apr 28 2023
Ahli keluarga dan kenalan mengadakan bacaan tahlil buat Allahyarham Mael (gambar kecil). - Gambar Astro AWANI
Tanah runtuh Taman Melawati: Kerja pembersihan bermula, polis kawal keselamatan kediaman
Kerja-kerja pembersihan laluan yang terkambus akibat tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati telah dimulakan dan dijangka selesai dalam tempoh sejam.
Perkembangan situasi banjir di sekitar Kuala Lumpur
Afiezy Azaman bawakan perkembangan terkini situasi banjir yang melanda Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.
Tragedi UiTM Dungun: Pemandu wanita didakwa cubaan membunuh
Pemandu wanita yang terlibat dengan kemalangan mengorbankan tiga penuntut UiTM Dungun didakwa cubaan membunuh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Dadah bernilai hampir RM50 juta dirampas di Kelantan
Polis merampas dadah jenis pil yaba dan heroin bernilai lebih RM49.17 juta dirampas dari sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor di Kampung Chenok, Kota Bharu 7 Oktober lepas.
[TERKINI] Sidang media tanah runtuh Taman Melawati
Ikuti langsung sidang media tanah runtuh Taman Melawati.
#AWANInews
#AWANInews
Henti kaitkan masalah sempadan negara hanya dengan China
Malaysia akan terus menegur dan membantah sekiranya perairan negara digunakan sebagai laluan tanpa izin.
Jangan pilih kasih dalam beri bantuan kepada mangsa banjir - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan mangsa banjir agar banyak bersabar dan tidak mudah menyalahkan mana-mana pihak jika terdapat isu yang berbangkit.
Belanjawan 2025: Peruntukan pelancongan lebih besar tarik pengunjung ke Malaysia - Fernandes
AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.
Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC
Menurut mereka, setakat ini perkara itu tidak akan dibincangkan namun tidak menafikan ia pastinya akan berlaku.
'Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat'
Ketika ada suara yang mengkritik atau mempersoalkan keupayaan vokalnya di pentas, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu dalam kalangan peminatnya tahu masalah kesihatannya itu.
Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal
Buat para penggemar kumpulan rock XPDC, berita yang diterima sekitar pukul 9.00 malam tadi sangat mengejutkan.
Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan
Kira-kira 200 orang memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi menyaksikan upacara pengebumian Allahyarham Mael.
"Mael XPDC... idola rock, tiada pengganti" - Peminat
Peminat setia arwah Mael dan XPDC sebak kenang pemergian artis kesayangan.
Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini
Ketika ini, jenazah vokalis XPDC itu berada di kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, Muar.
'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Doktor memberitahu kesakitan yang dialami Mael bukan disebabkan gout yang dihidapinya.
Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital
Vokalis kumpulan XPDC, Mael telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.