POLEMIK yang melanda pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah dengan bekas pembantu peribadinya mungkin akan berakhir tidak lama lagi apabila kes berkenaan kini dalam penelitian pihak berkuasa dan juga mahkamah.
Didie Alias berkata, dia sudah pun bertemu dengan Mak Wan beberapa minggu lalu dan telah mendengar cerita sebenar dan segala hal yang berkaitan dengan isu daripada mulut dramatis itu sendiri.
“Saya sendiri minta dia bercerita kepada saya kerana dalam ramai-ramai kawan artis, tiada siapa pun yang ambil tahu hal berkaitan dirinya.
“Alhamdulillah, saya sudah pun dapat cerita sebenar tentang isu berkenaan, A sampai Z. Selepas saya dapat cerita sebenar, saya akan selamanya menyebelahi Mak Wan. Sebab kita ada bukti. Sebagai contoh, bukti duit keluar masuk dari bank yang diuruskan oleh pihak berkenaan.
“Ya mungkin Mak Wan tahu dia keluarkan untuk apa, tapi benda tu tak dapat. Sedangkan dia nak beli ubat dan makan pun tiada duit. Kenapa mesti kau aniaya dia macam tu? Dan kenapa kau mesti create content yang menjatuhkan reputasi dia? Apa yang kau dapat sebenarnya?” katanya ketika dihubungi Gempak.
Didie berkata, bekas pembantu peribadi Mak Wan ada meminta untuk berjumpa, tetapi dia selesa untuk berjumpa dengan Wan Wan terlebih dahulu.
“Memang dia ada ajak jumpa, siap panggil saya pengecut. Tapi kau siapa? Sebab tu saya memilih untuk berjumpa dengan Mak Wan dulu,” katanya.
Dalam masa yang sama, Didie turut berkongsi perkembangan terkini Mak Wan yang sudah pun dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberikan keterangan lanjut mengenai isu berkenaan.
“Mak Wan telah dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Taiping, Perak pada Selasa. Dan setahu saya, kes ini akan dibawa ke mahkamah pada 28 Julai ini. Sebagai yang rapat dengan Mak Wan, saya akan teruskan pantauan.
“Saya harap agar kita dapat doakan bahagian Mak Wan selesai dengan cepat. Kita minta pihak berkuasa untuk mengadili hal ini dengan saksama. Sebab bukti semua dah ada. Orang lain pun tak nak bantu dia, persatuan pun… di mana mereka? Jadi siapa lagi nak bantu kalau bukan kita?” tutup Didie.
Terdahulu, bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah mendedahkan sikap sebenar bekas majikannya yang dikatakan sebagai panas baran dan suka membuat cerita.
Gempak
Thu Jul 21 2022
Didie berkata, bekas pembantu peribadi Mak Wan ada meminta untuk berjumpa, tetapi dia selesa untuk berjumpa dengan Wan Wan terlebih dahulu. - Foto Astro GEMPAK
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
"Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia" - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah
Hentikan benda mengarut, nasihat Didie pada pihak yang heret Mak Wan Latah ke mahkamah.
Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah ludah pembantu peribadi
Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi
Didie Alias harap isu Mak Wan Latah dapat diselesaikan secepat mungkin.